Masyarakat dunia perlu buktikan peperangan tidak beri manfaat

Masyarakat dunia perlu buktikan peperangan tidak beri manfaat
Laporan Berita Harian 15, 16 & 17 Disember 2005

KUALA LUMPUR: Masyarakat dunia mesti bersatu dalam membuktikan peperangan tidak mendatangkan sebarang manfaat termasuk dari segi material, di samping sepakat mendedahkan segala bentuk penyelewengan yang menindas rakyat.

Pengarah Urusan yang juga Pengarah Program CorpWatch, Pratap Chatterjee, berkata tindakan melampau Amerika Syarikat yang kononnya mahu membantu pemulihan dan pembangunan semula Iraq adalah antara contoh penyalahgunaan kuasa yang tidak wajar dilindungi.

Sebagai contoh, katanya, kontraktor Amerika di Iraq dibayar setinggi AS$80,000 setahun sedangkan pada masa sama, 60 peratus daripada rakyat Iraq tidak mempunyai pekerjaan.

“Gaji seorang pemandu trak tidak mahir berbangsa Amerika di Iraq ialah AS$80,000 setahun, orang Filipina dan India dibayar AS$3,000 manakala rakyat Iraq hanya menerima AS$1,000 setahun… ini membuatkan mereka kecewa.

“Ada juga yang menggaji pekerja asing, kebanyakannya dari India, Sri Lanka, Filipina dan Bangladesh yang dibayar AS$3,000 setahun untuk memasak, mencuci tandas dan membasuh baju manakala orang Amerika melakukan apa yang mahir mereka lakukan – berperang dan membunuh orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang pleno bertajuk ‘Persejagatan dan Peperangan: Daripada Ekonomi Peperangan kepada Ekonomi Keamanan’ pada Forum Perdana Keamanan Sejagat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Chatterjee berkata, perbelanjaan ketenteraan dunia bagi 2004 dianggar melebihi AS$1 trilion dengan 47 peratus daripadanya dikuasai Amerika Syarikat yang banyak menghabiskan wang pembayar cukai untuk melancarkan ‘peperangan menentang keganasan sejagat’ di Afghanistan dan Iraq.

“Mereka yang menikmati keuntungan daripada peperangan ini ialah beberapa syarikat yang menghasilkan pesawat pejuang dan peluru berpandu, terbaru ialah Halliburton yang pernah diurus oleh Naib Presiden Amerika Syarikat, Dick Cheney.

“Syarikat itu memperoleh lebih 50 peratus daripada perbelanjaan ketenteraan Amerika di Iraq dan kini dikatakan mencecah AS$12 billion manakala Cheney dilaporkan turut menerima ‘pampasan’ daripada Halliburton.

“Bayangkan… syarikat yang untung besar akibat peperangan turut membayar Naib Presiden Amerika dan itu tidak salah, tapi kalau di Sri Lanka, India atau Malaysia, ia dipanggil rasuah,” katanya.

Chatterjee berkata, sebuah syarikat lain yang dibayar berbilion dolar untuk memulihkan sistem pendidikan dan kesihatan di Iraq juga didapati tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik walaupun selepas tiga tahun.

Malah, katanya, bekalan elektrik dan air di Iraq semakin teruk manakala pengeluaran minyak di negara itu turut berkurangan berbanding sebelum perang meletus.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: