Pakatan agama selesaikan konflik

Himpunan laporan Forum Perdana Kemanan Sejagat
Laporan Berita Harian 15, 16 dan 17 Disember 2005

Pakatan agama selesaikan konflik

MASYARAKAT antarabangsa perlu mengadakan perikatan kerjasama antara agama bagi mencari penyelesaian kepada konflik dan peperangan yang kini sering dikaitkan dengan agama, khususnya Islam.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif American Society for Muslim Advancement (Asma Society), Feisal Abdul Rauf, berkata tidak mungkin konflik, khususnya antara Amerika Syarikat dan dunia Islam, dapat ditangani sendirian.

“Ia memerlukan perikatan Yahudi, Islam, Kristian dalam dan luar Amerika serta pelbagai negara dengan fahaman lain bagi memulihkan hubungan,” katanya pada sesi pleno mengenai dialog dan keharmonian antara agama pada Forum Perdana Keamanan Sejagat, di sini semalam.

Namun, Feisal berkata, perspektif agama saja tidak cukup untuk menyelesaikan konflik itu kerana pandangan bidang lain juga penting.

Katanya, tanpa pemahaman isu atau punca kepada sesuatu konflik, tidak mungkin penyelesaiannya dapat dicapai.

“Kita juga perlu memahami isu yang membakar kekecewaan dan kebencian serta membuatkan seseorang itu melakukan keganasan,” katanya.

Feizal berkata, pejuang keamanan juga perlu memahami konsep kuasa dan memastikan supaya mereka dapat mengatur langkah supaya perjuangan tidak berkubur.

“Seperti pepatah di Amerika, memang anda berhak melalui lampu hijau, tetapi jika anda tidak melihat mereka yang melanggar lampu merah anda akan dilanggar dan terbunuh. Walaupun anda betul, anda tetap mati,” katanya.

Justeru, katanya, pergerakan keamanan perlu wujud di semua ibu negara, khususnya negara kuasa besar, bagi memperjuangkan matlamat menghapuskan peperangan.

“Jangan ketepikan keperluan untuk wujud di Washington, London, Paris, Brussels dan negara lain bagi menyuarakan perjuangan kita,” katanya.

Menyentuh tindakan mengaitkan Islam dengan keganasan, Feizal berkata, ia sepatutnya sudah dihentikan kerana ternyata tuduhan itu tidak adil.

“Kita mesti pisahkan Islam daripada keganasan. Kita tidak pernah mengatakan mengenai keganasan Kristian, Buddha atau sebagainya,” katanya.

Malah, katanya, keganasan sebenarnya merujuk kepada taktik jahat yang digunakan pihak yang kuat terhadap yang lemah seperti orang awam bagi mewujudkan ketakutan supaya matlamat mereka tercapai.

Katanya, taktik ini wujud sejak Empayar Rom dan digunakan pihak Berikat ketika Perang Dunia Kedua dan diteruskan pakatan Anglo-Amerika sehingga sekarang.

“Tidak hairanlah ramai di dunia Arab menganggap sekatan yang dikenakan masyarakat antarabangsa terhadap Iraq ketika rejim Saddam Hussein menepati definisi keganasan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: