Secawan Milo perang.

Secawan Milo perang.

Ada beberapa fakta menarik yang haris dijadikan renungan dan peringatan buat kita yang serius memikirkan nilai hidup, keamanan dan perpaduan umat.Sepanjang tiga hari ini (15-17 Disember 2005) PWTC menjadi tumpuan dunia melalui Forum Perdana Kemanan Sejagat. Ia dsifatkan sebagai perkumpulan manusia antarabangsa yang menenatng idea dan pelaksanaan Amerika dalam pengurusan dunia berteraskan peperangan gila.
“Lihat sahaja suasananya. Di kiri dan kanan kamu adalah manusia-manusia antarabangsa yang turun ke satu tempat untuk bukan untuk bercakap kosong tetapi mendedahkan keburukan Amerika yang melampaui batas…” kata abang Jef berkongsi ceritanya yang hadir ke forum tersebut.
Burger yang terhidang sekadar mengenyangkan perut. Jus dan Milo yang dihantar oleh mamak sekadar memaniskan hujung lidah. Cerita dan perbincangan dalam perut PWTC tentang Amerika adalah santapan minda.
Sambungnya lagi, “Perkara yang menarik apabila Daniel Ellsberg, aktivis anti perang Amerika yang merupakan bekas kakitangan pentadbiran Amerika. Katanya peperangan di Iraq adalah peperang yang paling ‘cepat’ mendapat tentangan dari masyarakat dunia. Semuanya kerana Internet.”
Seronok mendengar maklumat baru tersebut. Mengunyah burger yang semakin habis, cerita masih belum habis lagi, “Ketika perang di Iraq, 500 wartawan dihantar bersama-sama sebagai ‘tentera’ Amerika untuk melaporkan serta melawan laporan berita sebenar dari seluruh dunia. Berbeza ketika perang Vietnam, tindakan melewat-lewatkan berita sebenar adalah pendekatan mereka dahulu”
Kekuatan maklumat dan berita sememangnya sesuatu yang menjadi tumpuan utama mana-mana kuasa yang ingin menjajah. Rupert Murdoch melakukan tindakan yang sama dengan melakukan penggabungan korporat media atas tujuan yang sama. Bukan sekadar keuntungan, penjimatan perbelanjaan tetapi ia juga melibatkan keselarian maklumat.
Dalam sesi soal jawab forum tersebut ada juga pengaju soalan yang di’belasah’ mindanya kerana ketidakmatangan soalan dan kedegilan menerima fakta, “Dalam sejarah perluasan kuasa dunia, penjajahan, kolonialisme dahulu dan kini ia dimulakan dan berpunca oleh seorang manusia sahaja yang menggelarkan diri mereka emperor. Bush, Julius Ceaser, Alexander semuanya bermula dari seorang.
Aku bersetuju dengan kata-katanya. Kuasa Karisma dan kekuatan fizikal seperti ketenteraan akan membuatkan seseorang cuba mencapai matlamat tersebut.
Malah aku melihat Barat sebenarnya tidak bercadang menamatkan era kolonial sebagaimana sebuah peperangan ditamatkanmelalui pengisytiharan dan perjanjian. Beritahuku bilakah kali terakhir kita mendengar mereka tidak akan melaksanakan agenda imperialisme dan kolonialisme mereka. Paling jauh pun akan disebutnya, memberi negara tersebut bebas untuk mentadir sendiri.
Iraq menyaksikan betapa murahnya nilai setiap warga tanah air tersebut. Penceroboh Amerika pernah melancarkan pengeboman di sebuah kawasan awam sehingga mengakibatkan kematian 11 orang kanak-kanak. Berapakah nilai yang dibayar mereka sebagai pampasan ‘tersasar’ kepada bapa mangsa?
US$10,000 dengan nilai setiap satu mereka US$1,000 atau kurang.
Lucunya dengan kejahilan dan kedunguan kepala penjajah, alasan mereka mengatakan Iraq harus dibebaskan dari kegelapan hakikatnya terbalik. Mereka sengaja melupakan bahawa Iraq, di kota Baghdad adalah kota ilmu. Angka 0 yang banyak membantu penyelesaian matematik adalah sumbangan orang Arab.
Pelbagai ilmu diterjemah dan dikembangkan di sana dan disebarkan kepada dunia Eropah. Siapa lebih jahil dan dungu yang perlu dibebaskan segera.Manusia dan kuasa seperti satu penyakit yang melarat. Penyakit ini mebawa manusia menjadi canggih dalam persenjataan sehinggakan loji-loji nuklear dibina untuk memusnahkan seluruh dunia dari pelbagai lokasi dalam masa 3 minit sahaja melalui satu butang yang harus ditekan sama ada ketua negara Rusia dan
Amerika.
Kerana kegilaan ini juga, mereka mencipta teknologi menipu dengan menghasilkan bungkusan-bungkusan makanan yang dijatuhkan di udara oleh mereka yang merupakan bungkusan senjata membunuh apabila kanak-kanak Iraq mula mengoyak bungkusan menarik itu.
Forum Perdana Kemanan Sejagat memberi sumbangan tersendiri. Memberi platform untuk mendengar kebenaran tentang kezaliman, membuka ruang kerjasama dunia dan menghimpunkan orang muda di negara ini untuk mendengar dan bertindak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: