New World Order

Getaran telefon bimbit yang dimatikan bunyinya tidak aku sedari. Selepas sejam ia berada di atas katil, barulah aku tergerak untuk mengambilnya.

‘One missed call. One message received’

Siapalah agaknya, aku tertanya-tanya. Mungkin penting benar sehinggakan terpaksa menghubungiku tengah hari ini.

“Assalamualaikum, please attend a talk by George Galloway, Member of Parliment, Britain on behalf of Ansar. Jot down any important points, ask for one copy of the video recording.”

Baru aku teringat ada satu ceramah umum oleh individu yang dmaksudkan pada petang itu. Nampaknya terpkasa membatalkan beberapa perkara penting petang itu. Bukan satu peluang yang terbuka setiap hari mendengar tetamu dari luar negara, seorang ahli parlimen dan aktivis anti perang berkongsi sesuatu dengan kita di tanah air.

Alhamdulillah, mujurlah ada Ahmad Juwaini, sahabat yang meminjamkan aku kamera digital yang tidak sampai seminggu umurnya. Tujuannya, untuk aku merakamkan dalam bentuk audio sebagaimana yang anda boleh dengari dalam blog ini.

Bukan sahaja ilmu yang aku perolehi, malah pengalaman melihat manusia pelbagai bangsa dari pelbagai negara datang memenuhi dewan banquet yang kecil untuk mendengar ceramah sejam dari seorang invidu. Itulah kuasa karisma. Pintu ditutup mengelakan kesesakan.

Penceramahnya adalah berketurunan Irish, warganegara Britain dan satu-satunya wakil parti Respect di sana yang sedang menentang pendekatan Blair yang melaksanakan pelan keganasannya sebagaimana Bush.

Seawalnya kami dipertontonkan dengan klip video perjuangan umat Islam yang memerangi penceroboh di tanah air mereka sendiri. Dalam perjuangan George Galloway selama 30 tahun terhadap penindasan emperialisme, air mata yang sama masih mengalir di matanya ketika menonton klip sepuluh minit itu yang menggambarkan kemusnahan dan kecederaan orang awam dan kanak-kanak.

Nada suaranya yang bersemangat menjadikan kita turut meluap-luap untuk melakukan sesuatu. Setiap kali, beliau menggesa kepada perubahan diri melalui penyatuan. Berkali-kali. Bagi beliau, apa yang berlaku adalah corak tindakan yang sama.

Pendekatan pengucapan awamnya memikat hatiku. Satu topik yang berat turut ada humor di dalamnya yang berasaskan sejarah. Bunyinya seperti berat, menjenakakan sejarah. Tetapi dengan pengalaman 31 tahunnya, ia adalah perkara kecil. Sehingga ke hari itu, dalam ceramah anjuran PEACE Malaysia, IIMU dan JUST, dia telah mengakhiri ceramahnya yang ke 1896 kali selepas peristiwa 11 September.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: