kesibukan tiga dalam satu

Kesibukan dan keseronokan berganda. Syukur kepada Allah, akhirnya laman web kolej Ali dapat dilayari di www.aliman.cjb.net yang sudah seminggu di dunia maya. Aku sungguh berpuas hati, meskipun tidak sesempurna mana kerana dalam penghujung pengajian ini, diberi kekuatan oleh Allah untuk menghasilkannya. Menariknya laman web ini mempunyai laman webTV, radio, akhbar dan ruangan chat. Itulah benda-benda yang akan membuat orang melayarinya. Sekadar melihat muka perwakilan kolej setiap hari pun membosankan juga. Jadi perlulah beralih angin sementara.

Dalam masa yang sama, kami di sini melalui pertandingan seni budaya dan persembahan pentas bermula dari Selasa sehingga Khamis lalu. Syukur sekali lagi, kolej Ali merangkul kejuaraan untuk pertandingan ini. Kami memenangi acara drama dan nyanyian, sementara seni budaya di tempat kedua. Itu pun ada juga cerita-cerita yang tidak berpuas hati, namun tak kurang yang bergembira bersama kami.

Perkara yang menggembirakan kami ialah ‘ayah’ kepada kolej ini sangat berbangga dengan siri kejayaan ini. Sebagaimana seorang anak yang cuba membanggakan ayah dan ibunya. Begitulah juga kami di sini, bertindak dan berfikir sebagai satu keluarga.
Banyak lagi perkara yang perlu aku selesaikan segera, tambahan lagi peperiksaan pertengahan sangat dekat.

Tugasan di pejabat, amanah di kolej, penulisan semuanya menanti aku bertindak. Ya Allah, berilah ketenangan hati dan kekuatan untuk bekerja. Buat sahabat-sahabat doakan dirikuyang kecil ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: