Pembuka dan penutup




Penutup 2005 adalah penuh yang penuh bermakna buat kolej kediamanku di mahallah Ali. Semangat kerjasama dan ukhuwah sebagai saudara dan keluarga seolah-olah dibayar dengan siri kejayaan melalui beberapa program yang kami sertai bersama.
Pada masa yang sama, permulaan tahun 2006 pula disambut dengan siri lawatan ke Kolej Kediaman Kedua UPM. Sebuah kolej yang lengkap serba serbinya berbanding apa yang kami ada di kampus ini. Tetapi aku selalu berkata, “Kita berjuang di kolej ini dengan struggle” yakni kita tidak terikat dengan merit atau seumpamanya tetapi kerana ada rasa sayang kepada tempat kita berteduh dari panas dan hujan sepanjang tahun pengajian, harus kita menyumbang sesuatu.
Kolek Kediaman Kedua UPM lebih aku sifatkan sebagai guru dalam memimpin kami pendekatan yang betul dalam menggerakan kolej kami. Aku cukup berbesar hati kerana mereka menerima kita yang serba kekurangan dari satu sudut dan mempunyai kelebihan dari sudut lain. Malah dalam lawatan sebegini kami mempelajari beberapa tip sebelum menziarah dan belajar dari tempat dan individu yang bakal kita tujui sebagaiman diperingatkan oleh penasihat dan bekas pemimpin MRC terdahulu, saudara Nizam:
  • Faham mengapa anda ke sana. Adakah untuk menunjuk-nunjuk kita hebat atau hendak belajar untuk menampung kekurangan yang ada? Elakan dengan perkataan-perkataan sebegini, “Oh di sana kami ada itu ada ini..” sekiranya ia tidak benar. Penipuan memberi kita masa bukan penyelesaian
  • Kata seorang Cina, “Act stupid” . Ini adalah pesanan dalam dunia perniagaan, tetapi ia boleh diguna pakai dalam dunia kepimpinan pelajar.
  • Akui kekurangan dan merendah diri. Kata-kata besar, sebagaimana kata Donald Trump “Shows your stupidity.” Berhati-hati orang boleh menjangka pada waktu bila kita sebenarnya berbohong.
  • Kekalkan adab sosial. Mungkin ada satu-dua sifat gila-gila yang kurang wajar dipamerkan meskipun ia sudah sebahagian dari diri. Tetapi dalam acara rasmi sebegini perlu kurangkan.
  • Ambil satu dua perkara baru yang boleh diamalkan dari orang yang kita kunjungi. Ambil meskipun ia kecil. Misalnya, jika wakil kolej dilawati mempunyai pakaian rasmi bagi perwakilan, maka pulanglah ke kolej kediaman anda dan hasilkan yang sama.
  • Jangan timbulkan konflik secara terbuka. Sudah menjadi kebiasaan, dalam kepimpinan pun ada masalah tetapi jangan timbulkan di hadapan orang asing. Ia mempamerkan kejelekan sikap dan kekurangan daya pemimpin dan kedegilan orang dipimpin.
  • Jika terdapat pembentangan melibatkan sekretariat atau biro, pastikan hanya ketua atau naibnya sahaja yang membentangkan. Jangan menawarkan diri untuk bercerita mengenainya meskipun anda seorang pemimpin. Kerana apa yang anda tahu tidak kesemuanya sebagaimana orang yang diamanahkan.
  • Seandainya ada soalan-soalan berbangkit yang bukan melibatkan diri anda dan ruang tugas, jawab seandainya mampu dan serahkan kepada kepimpinan untuk menjawabnya.
  • Rakam dalam bentuk audio-video dan pelajari semula gerak kerja anda.
  • Jika membuat sebarang usaha bersama, pastikan diadakan mesyuarat yang kerap dengan melibatkan semua agar wujud persefahaman. Catat segala perjalanan mesyuarat dan pastikan mempunyai salinan akhir apa yang dipersetujui bersama.
  • Ingat, ingat dan ingat. Kita belajar dari mereka, jadilah murid yang baik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: