Idea kecil tetapi berguna

Pulang dari Ansar Jumaat lalu memberi satu pandangan yang menarik sepanjang perjalananku sambil berdiri dengan LRT ke Terminal Putra Gombak. Tanganku sedang membelek majalah I keluaran terbaru yang memaparkan wawancara Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Menariknya bukan berkenaan agenda politiknya, kerana itu sememangnya tanggungjawab beliau untuk mentadbir negeri Kelantan. Aku gemar dengan tindakan beliau apabila membuat lawatan luar negara, satu berita yang susah untuk aku ketahui melalui akhbar perdana.

Beliau banyak membawa idea-idea baru dalam lawatan ke China baru-baru ini. Ia bukanlah idea untuk mewujudkan dagangan antarabangsa atau mewujudkan MOU dengan insitusi pendidikan dan ekonomi di sana. Sebaliknya membawa idea-idea insaniah kepada masyarakat Kelantan yang nampak remeh tetapi besar impaknya.

Tok Guru dalam lawatannya mendapati masyarakat China Muslim akan bersolat apabila tiba waktunya di mana-mana tempat bersih baik di kawasan terbuka mahupun di tepi jalan tanpa perlu ke masjid atau surau. Ideanya apabila pulang ialah mewujudkan bulan ibadah sebagai kempen untuk menggalakan masyarakat Kelantan beribadah di mana sahaja. Cerita ini sama sahaja dengan kisah guru sahabatku yang pernah bersolat di tepi kawasan pejalan kaki di dalam KLCC.

Kedua, Tok Guru mendapati Muslim di China sangat berjimat dalam penggunaan air. Ini terbukti ketika mengambil wuduk dengan hanya menggunakan bejana kecil. Ideanya menyegerakan kempen menjimatkan air di Kelantan hatta dalam soal ibadah sekalipun.

Idea-idea ini menarik perhatianku kerana beberapa sebab. Banyak aktiviti kampus yang melibatkan lawatan luar negara melibatkan perwakilan pelajar, persatuan atau staf banyak yang membuang duit berbanding membawa sesuatu pulang untuk dikongsi secara total.

Sahabatku agak kecewa dengan program lawatan ke Indonesia baru-baru ini. Beliau mengakui suasana lebih untuk berseronok di kalangan para peserta yang dipilih melalui persatuan, kelab dan majlis perwakilan sendiri. Mereka berpeluang melawat beberapa universiti di Indonesia, meskipun dari sudut perkembangannya aktiviti pelajarnya tidak sehebat mana, tetapi ada sesuatu yang besar yang boleh dipelajari dan dibawa pulang.

Sayangnya, para pelajar pilihan ini ke sana dengan skop yang tidak jelas. Meskipun wujud perbincangan antara wakil pelajar Indonesia dan pelajar-pelajar pilihan ini, tetapi apa yang diajukan oleh pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia menyimpang jauh. Ditanya perihal sukatan pelajaran, tempoh pengajian, struktur akademik universiti dan seumpamanya. Semuanya melibatkan perkara-perkara besar.

Bukanlah tidak penting untuk ditanya, tetapi mereka harus mengecilkan skopnya berkait rapat dengan jawatan yang mereka pegang agar pertukaran ilmu dan idea lebih berkesan. Lebih penting lagi diambil dan dipraktikan di universiti. Untuk menyentuh hal-hal besar, cukuplah sekadar sisipan bukan menjadi teras perbincangan.

Gaya cakap sahabat menggambarkan program ini menggagalkan kehendak universiti dek kerana pelajar-pelajar yang terlalu berfikiran besar. Hakikatnya, ini bukanlah pertama kali. Berbaloikah RM 30,000 dilaburkan untuk mereka ini? soal sahabat kepadaku kembali. Aku tidak dapat menjawabnya.

Kepalaku sarat memikirkan apa yang aku baca di dalam majalah I ketika seorang kanak-kanak Melayu sibuk membuat latihan Matematik di dalam LRT dan seorang warga Indonesia turut sama membaca majalahku dari tempat duduknya dihadapku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: