Terima Kasih si Hijau

Akibat Brontok, virus komputer ini telah melumpuhkan segala operasiku untuk berkarya dan menyiapakan tugasan kuliah 200 mukasurat. Mujurlah aku sempat menyimpan semua hasil penulisanku di dalam kepingan cd 24 jam sebelum komputer RM240.00 mengucapkan selamat tinggal kepada aku. Hendak beli yang baru, tunggulah tahun hadapan. Tetapi ada satu perkara yang aku belajar daripada peristiwa ‘pembunuhan’ kejam si Brontok.

Asalnya virus Brontok dihasilkan di Indonesia, tujuannya untuk mengelakan pelayar laman web tempatan mereka melayari laman web lucah. Tambahan lagi, sekarang panas dengan penentangan masyarakat Muslim Indonesia terhadap cadangan mewujudkan majalah Playboy edisi tempatan, semestinya sudah tentu ada edisi elektroniknya iaitu laman web. Maka virus ini berperanan ‘mengajar’ mereka yang gatal tangan untuk berbuat demikian. Masalahnya, ia tidak dapat dikawal dan menjangkiti semua pangkalan data dalam internet dan disebarkan melalui disket dan thumbdrive apabila memuat turun sesuatu dari internet.

Apa pengajaran yang aku dapat dari dari pemergian sahabat aku, yang aku panggil si Hijau ini (kerana skrinya selalu berwarna hijau). Pertama, benda yang murah juga memberi imbalan yang besar kepada kita jika tahu menggunakannya. Si Hijau sudah bersamaku sejak setahun setengah lalu, dengan wang RM500 daripada kaji selidik pasca pilihanraya oleh Prof Syed Arabi Idid, separuh daripadanya aku membeli CPU terpakai melalui abangku yang serba tahu hal ini.

Sedar atau tidak, si Hijau telah berkhidmat kepadaku dengan menghasilkan 3 manusktrip untuk PTS, siri surat pembaca dan pendapat untuk Utusan Malaysia dan Berita Harian, 12 bukan siri Personaliti Pelajar untuk Dewan Siswa (sedang disambung untuk tahun 2006) dan siri penulisan lain dalam majalah I, Minda (yang sudah terkubur) dan Dewan Ekonomi. Aku hampir terlupa bahawa aku sudah dua tahun lalu aku tidak menerima apa-apa pinjaman pendidikan lagi melainkan melalui hasil penulisan ini.

Nampak gayanya aku perlu menunggu abangku pulang dari Melaka Rabu ini untuk merawat si Hijau yang sedang tenat. Sabar ya!

1 Komen »

  1. Rockerz said

    Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada website jana wang seumur hidup. Peluang jana wang seumur hidup di sini.

    Lawatilah website saya bila ada masa lapang 🙂

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan kepada Rockerz Batal balasan