Duit ada kolej menghilang

Aku tidak dapat memberi apa-apa komen yang kuat sebagai respon terhadap penutupan beberapa kolej dan institusi pengajian swasta di Malaysia apabila PTPTN mula untuk tidak memberikan sebarang pinjaman kepada para pelajar yang mendaftar pengajian mereka. Namun begitu, secara kasarnya, boleh aku katakan seorang pelajar IPTS membayar harga yang lebih tinggi dan berbanding IPTA.

Cuma ada satu kisah yang menjadi satu pengajaran besar bagi mereka yang bercadang hendak melanjutkan diri ke kolej-kolej swasta ini. Kisahnya mudah sahaja, beberapa bulan lalu beliau telah menamatkan pengajian di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Namun begitu, terdapat tunggakan RM3500 lagi untuk diselesaikan sebelum melayakan beliau mendapatkan sijil dari pihak kolej berkenaan. Ini bermakna, sepanjang tempoh hutang tersebut, sijil beliau ditahan.

Beliau tidak duduk diam. Pelbagai jenis kerja beliau lakukan untuk melangsaikan hutang tertunggak seberapa segera yang mungkin. Ini yang menyukarkan aku menemuinya selalu dek kerana kerjanya.

Sehinggalah minggu lalu, aku menemuinya di pejabat. Minum-minum senja (sudah hampir Maghrib) menjadi tempat meluahkan perasaan.

“Aku sekarang tidak tahu hendak buat apa-apa,” keluhnya.

“Kenapa?” sambil bibirku perlahan menghirup sup bihun yang dihidangkan.

“Aku bercadang hendak menyambung pengajianku di peringkat diploma nanti. Kalau ikut perancangan hendak belajar di Uitm. Tapi masalah lain pula timbul,” katanya
“Masalah apa pula?” tanyaku.

“Aku masih perlu membayar RM3500 kepada pihak kolej, tetapi yang buat aku runsing kolej tempat aku belajar sudah ditutup dan pentadbiran baru yang mengambil alih,” beritahunya.

Apa yang perlu dilakukan oleh beliau kini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: