Hadiah diberi tapak dijanji

“Turun, kami di kantin kolej Ali,’ arahnya.

Cepat-cepat aku menghabiskan ayat-ayat terakhir di skrin komputer dalam pejabat kolej. Hari ini ada yang sudi belanja makan malam.

Sahabat seorang ini adalah sahabat lama di kampus, tahun lalu sudah menggenggam ijazahnya dalam jurusan pengurusan perniagaan. Bekerja dengan sebuah hypermarket besar membuat aku teruja untuk mengetahui serba sedikit dunia beliau.

Aku seperti wartawan yang tidak berlesen mula mengajukan soalan-soalan, “Bagaimana engkau mendapatkan klien?”

Nampak ringkas dan bodoh sahaja bunyinya. Tidak mengapa kata seorang rakan niaga berbangsa Cina kepada abangku dahulu, “To get something from the big brother is; Act Stupid!”

Sambil memotong-motong daging kambing berlada kepada bahagian-bahagian kecil dia menyambung, “Ada dua. Pertama, bagi syarikat-syarikat besar mereka tidak akan datang kepada kita meskipun mereka tahu kita membuka cawangan yang besar. Ini cara mereka menjaga reputasi mereka. Jadi kami yang akan menghubungi mereka, memaklumkan di bahagian ‘property’ organisasi berkenaan dan aturkan temujanji.”

“Oh, itu syarikat besar. Bagaimana pula dengan syarikat-syarikat kecil?”

Katanya lagi, “Kebiasaannya, apabila mereka mendengar ada sewaan tapak untuk hypermarket akan dibuka, mereka sendiri akan datang kepada kita atau menjemput kita ke tempat mereka.”

“Dunia bisnes yang menarik. Habis, bagaimana pula dengan saingan. Maksud aku, untuk mendapatkan lokasi yang bagus untuk mereka berniaga.”

Tersenyum beliau, “Macam-macam. Kebiasaanya mereka akan panggil kami ke tempat mereka untuk berbincang dan memberi hadiah. Bayangkan sebuah syarikat barang kemas memberi aku kad debit untuk pembelian barang kemas bernilai puluhan ribu ringgit. Malah ada juga yang memberikan produk-produk mereka yang mahal-mahal sebagai buah tangan. Kebiasaannya, perkara ini tidak akan dilakukan di tempat kami kerana pengurus kami yang akan menapis pemilihan. Itu sebab mereka hendak kami ke sana.”

Beliau mengingatkan aku dan sahabatku seorang lagi, jangan menerima hadiah melibatkan wang kerana ia dikategorikan rasuah sebagaimana kad debit yang dihadiahkan kepadanya. Dia menolak.

Malah dalam banyak urusniaga, dia memberitahu satu perkara, “walaupun aku menerima hadiah itu dan ini, untuk menutup urusan aku sentiasa menekankan bahawa tidak ada jaminan 100% mereka akan mendapatnya. Mereka faham.”

Malah ada juga persaingan melalui harga sewaan tapak. Masing-masing cuba menawarkan harga sewaan yang tinggi untuk mendapatkan tempat. Meskipun yang mendapatkannya membayar harga sewaan yang tinggi. Rekod di kertas mencatatkan nilai sewaan asal yang ditentukan pengurusan. Selebihnya, dimasukan ke dalam tabung pekerja.

Persaingan jenis perniagaan yang sama dalam sebuah hypermarket, sesuatu yang boleh difikir-fikirkan, “Ada satu kes, dua perniagaan barang kemas yang terbesar di Malaysia bersaing dalam hypermarket yang sama. Strategi mereka berdua ialah menukarkan tanda nama perniagaan kerana jenama ‘kelas atasan’ mereka tidak memungkinkan mereka menurunkan harga. Kesannya, berlaku penuruna harga barang kemas masing-masing sehingga satu tahap melalui jenama perniagaan baru sehinggalah kepada satu peringkat.”

Puas hati dan seronok mendengar cerita baru ini. Lebih seronok lagi, merasa belanja chicken chop sahabat ini yang bakal bertugas di pantai timur, mencari bakal penyewa untuk hypermarket di sana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: