Tukar-tukar kerja

Antara perkara yang menarik pemerhatianku dalam dunia penyiaran hari ini ialah individu-individu yang bekerja di dalamnya. Satu corak yang aku perhatikan ialah budaya bertukar-tukar kerja, dari satu organisasi ke organisasi lain.

Ada yang memberi alasan tidak wujud kesetiaan dan sikap mengejar pendapatan lebih tinggi yang ditawarkan. Itu mungkin salah satu alasan yang timbul dan boleh diterima. Namun ada juga alasan yang tidak kurang pentingnya dari orang dalam dunia media ini.

Aku pernah melihat bagaimana seseorang itu bertukar kerja kerana hendakan kebebasan kreatif dalam kerjanya khususnya dalam dunia media. Aku juga pernah melihat bagaimana satu kumpulan dibentuk melalui individu-individu yang pernah bekerja dalam organisasi media yang berbeza untuk mencapai satu impian.

Ada juga yang menukar haluan kariernya kerana orang lain.

Kata-kata abang Jef, “Paling penting ialah kita membina asas dan landasan untuk generasi selepas ini. Abang mempunyai 4-5 perkara besar untuk dilakukan untuk organisasi ini dan selepas ini abang akan berundur dan biarkan generasi baru yang mengembangkannya”

Tambahnya lagi, “Hari ini ramai yang lebih bercakap dan bertindak. Jika dahulu, menyuarakan sesuatu itu penting agar lebih ramai mendengar. Tetapi zaman ini zaman orang melihat, dengar sedikit tetapi mahu melihat hasilnya.”

Contoh yang diberikan jelas, dahulu ramai yang meminta agar diwujudkan radio Islam, televisyen Islam dan seribu satu lagi permintaan. Tetapi apabila ia diwujudkan, kritikan yang sama masih timbul. Masih aktif mengeluarkan resolusi tetapi kurang yang memberi perhatian untuk mengisinya.

“Jika dahulu orang berkata ‘why not we’ (mengapa tidak kita), sekarang ia harus berubah kepada ‘how can we’ (bagaimana sepatutnya kita),” katanya.

Pengalaman beliau ketika terjun dalam dunia nasyid sekitar akhir 90an cukup menarik perhatian dan harus difikirkan. Ketika itu beliau dan seorang lagi rakannya datang ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Ketika itu khatib sedang berkhutbah, sedang beliau dan rakannya baru sahaja hendak duduk bersama-sama jemaah lain, khatib dengan suara lantangnya berkata, “…kita jangan hanya tahu bernasyid sahaja…!” kritikan terbuka yang sengaja disebar luas melalui telinga-telinga makmum lain.

Bagi beliau, daripada mengkritik lebih baik mencari cara untuk menambah baik apa yang sedia ada. Misalnya, jika skripnya berbunyi, “Televisyen Islam hanya menyiarkan ceramah berjela-jela” tukarlah kepada “Televistyen Islam boleh lebih menarik jika adanya siaran-siaran…”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: