Seksa dalam tidur

Hari ini aku di’seksa’ oleh seorang budak botak yang memaksa aku menampal poster jam 4.18 minit pagi. Sehingga kini aku belum tidur lagi sementara menunggu kelas jam 8.00 pagi. Beberapa jam lalu kami baru sahaja menghadiri dialog bersama Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar, Ustaz Hamidon di Dewan Eksperimental.

Banyak perkara yang dikongsi dan lebih kepada fokus memuhasabah diri. Menariknya ada beberapa perkara yang ditimbulkan dalam dialog yang membuat kami memikirkan semula penilaian kami terhadap orang lain selama ini sebagai wakil pelajar di kolej kediaman ini.

“Kita di universiti selalu cepat memandang serong tanpa cuba memahami keadaan orang lain. Secara tidak langsung kita menjadikan mereka musuh, begitulah sebaliknya,” katanya.

Ia sebenarnya berkaitan dengan pentafsiran kami terhadap pelajar-pelajar antarabangsa yang sering kelihatan berdua lelaki dan perempuan ke kolej kediaman kaum hawa.

Sambung beliau, “Terdapat satu puak di Sudan, lelakinya harus sentiasa menemani kaum wanita di mana sahaja mereka pergi. Bimbang jika wanita tersebut diculik. Sebagaimana di kampus ini, mereka melakukan perkara yang sama kerana sudah menjadi tradisi mereka.”

Kami tertarik dengan maklumat yang disampaikan. Katanya lagi, “Malah dalam tradisi puak ini, seandainya kaum lelaki tidak melakukan perkara tersebut maka dia tidak akan kembali ke kampungnya lagi.”

Seharusnya kami bertanya. Itulah perkara awal yang harus kami lakukan. Satu pengajaran besar yang harus kami ambil. Malah sikap sesetengah pelajar antarabangsa yang masih berada dan menginap di kolej kediaman selepas pengajiannya juga ada cerita tersendiri.

“Saya pernah bertanya. Mengapa mereka tidak pulang dan masih di kampus ini. Respon mereka, bagaimana “kami hendak pulang dalam keadaan negara kami masih huru hara dengan peperangan?” Jika anda di tempat mereka, apa yang akan anda lakukan?” soalnya kepada kami.

Berhadapan dengan para pelajar dari 90 negara di seluruh dunia mendedahkan betapa kecilnya dan naifnya kami terhadap pengurusan pelajar di kolej.

Dari sudut kepimpinan ada sepotong yang diucapkan oleh Bill Gates dan disampaikan semula oleh ustaz Hamidon. Ungakapannya, “Jika hendak menjadi jutawan, ambil dan jangan memberi. Jika mahu menjadi multi-jutawan, ambil separuh dan beri separuh. Tetapi, andai mahu menjadi multi-bilion, berilah semuanya.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: