Pocong penghibur

“Boleh buat persembahan untuk majlis penutup malam ini?” tanya seorang sahabat melalui sms.

Jam 6.30 petang. Aku baru sahaja pulang dari kursus PTS bersama seorang sahabat. Belum hilang penat, teringat Hari Keluarga di kolej Safiyyah. Kata mereka, semua wakil pelajar dari setiap kolej sudah datang melainkan kolej kediamanku yang hanya selang satu padang bola.

Perlu pergi. Tetapi lain pula ceritanya, bukan pergi melawat, tetapi membuat persembahan.

Cadangan asalnya hendak mempersembahkan sketsa along dan penjual jam (kebetulan sahabatku menjual puluhan jam tangan di biliknya) dan berakhir dengan pertemuan ahli keluarga yang hilang antara mereka, itu pun kerana jam yang mereka adalah sama dari pemberian ibu mereka. Tetapi, rasanya kurang menarik.

“Tak bagus! Cari lain,” cadang yang lain.

Jam 7.40 malam, selepas Maghrib masih tiada apa-apa. Kolej Saffiyah sudah menelefon, bertanya boleh atau tidak kami membuat persembahan.

“Susah-susah sangat buat sahaja sketsa cerita hantu,” cadangku yang berakhir dengan persetujuan.

Entah kenapa kami memilih tema hantu malam itu. Pastinya niat hendak menakut-nakutkan residen kolej tersebut agaknya. Disebabkan persembahan tanpa latihan, kami memutuskan menyampaikan ia dalam bahasa Melayu.

Aku naik ke pentas dengan baju Melayu dan ketayap putih. Bertentangan sekali dengan cadangan asal.

“Assalamualaikum wbt. I would like to thank to the organizer for inviting us tonight. As been told before, today we will having the special performance from mahallah Ali. As been requested by the organizer, I will be giving a religious talk or maybe a short tazkirah.”

Mereka memprotes. Jam sudah hampir 9.30 malam hendak beri tazkirah sebagai persembahan majlis penutup. Kedengaran suara ooo di hadapan. Sedangkan aku sendiri tak bercadang berbuat demikian, sekadar hendak menguji keadaan.

“Sebenarnya, saya di sini hendak berkongsi satu kisah benar yang tidak diketahui oleh mana-mana residen mahallah ini. Ikuti kisah ini,” maka bermulalah sketsa sehingga ke akhirnya.

Bersesuaian dengan tema mereka ‘We are Family’, kami menceritakan beberapa cerita hantu yang dikaitkan dengan blok-blok kediaman mereka sehinggalah penutupnya ketiga-tiga pelakon, (aku, Haiqal dan Syakir) mengetahui mereka semua adalah dari keluarga hantu yang sama. Itu pun selepas pocong naik ke pentas dan menimbulkan ketakutan kepada penonoton.

Lucunya, watak pocong yang kemas berbalut putih terpaksa berhinjut-hinjut daripada belakang tangki air ke pentas membuat mereka yang tidak sedar kehadirannya menyangka ia benar-benar wujud. Ada yang mengambil gambar, memberhentikan kenderaan untuk memperhatikan sehinggakan sahabat aku terpaksa berpura-pura menjadi bantal panjang.

Malah, disebabkan watak beliau inilah membuat salah seorang jawatankuasa pentas melarikan diri apabila melihat beliau di belakang pentas.

Ketika persembahan ‘menakutkan’ orang berjalan lancar, seorang pengunjung secara tidak sengaja menyepak fius sehingga ia terbakar dan mengakibatkan mikrofon serta bunyi kesan khas yang kami gunakan tidak berfungsi. Ia menyebabkan kami menggunakan pembesar suara sebesar kotak kasut sehingga akhir.

Sebagaimana kata Puan Ainon, humor adalah medium yang tidak begitu berkesan dalam menyampaikan mesej. Dari pengalaman kami malam itu, memang benar. Mereka lebih mengingati jenaka spontan kami berbanding mesej ‘We Are Family’ pada malam itu.

Maafkan kami atas idea spontan yang timbul. Apa pun, kami berasa seperti kumpulan Senario yang menjadi bidan terjun untuk membuat persembahan.

2 Komen »

  1. Rockerz said

    Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

    Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

  2. Khairul Nizam Zainon said

    Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

    Saya ada website jana wang seumur hidup. Peluang jana wang seumur hidup di sini.

    Lawatilah website saya bila ada masa lapang🙂

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: