Aku Pengintip Umat

Aku kini dipopularkan oleh senior tempat aku bekerja dengan gelaran ‘pengintip’. Bukan secara berhadapan, tetapi melalui perantaraan visual koordinator yang merupakan pembimbing dan sahabatku. Nampaknya cerita James Bond dapat direalitikan dalam siri perjalananku. Rupa-rupanya catatan blog ini mejadi bacaan seniorku,

“Aku memang tak sangka betul. Kalau orang lain bercakap, dia senyap sahaja. Alih-alih aku baca apa yang dicatatnya dalam blog. ‘Spy’ betul!”

Satu perkara yang pasti, aku mencatat sesuatu yang bersesuaian dengan tema kehidupan yang aku sering sebutkan secara langsung dan tidak langsung dalam mana-mana penulisan.

“Motivasi minda, manusia sekeliling sumber motivasi diri.”

Dengan erti kata lain, apa sahaja catatan dalam blog ini adalah cerita-cerita positif dan negatif yang boleh memberikan aku sisi satu lagi untuk memahami kekurangan dan kelebihan diri.

Menjadi pengintip kehidupan manusia bukanlah sesukar mana, selagi mana emosi tidak menjadi hakim total dalam setiap keputusan, kita akan melihat tetingkap pengajaran dalam setiap keadaan. Mari kita bersama-sama menjadi pengintip orang lain!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: