Jawapan

Pernahkah anda berhadapan dengan seseorang yang begitu obses dengan dirinya. Setiap kali kelipan kamera terpancar, wajahnya pasti muncul terselit di celah-celah manusia.

Kali terakhir aku menemui manusia seperti ini 8 ahun lalu, ketika bergelar sekolah menengah. Salah sau kecenderungan manusia yang terlalu obses dengan dirinya ialah, mengambil gambar sendiri, dengan kamera sendiri dan bersendiri.

Antara corak yang menarik untuk anda perhatikan untuk manusia kategori ini ialah ramai perempuan mendampinginya, bersunguh-sungguh dengan kerja yang mempunyai namanya sebagai orang utama dan satu corak lagi sebagaimana disebutkan oleh guru kaunselingku di sekolah dahulu, “Perlu perempuan di sisi apabila bekerja.”

Seperkara lagi, pernahkah anda menemui manusia yang memilih-milih untuk menolong orang lain disebabkan wajahnya?

Aku tidak pernah menemuinya kecuali hari ini.

Situasinya cukup mudah, kalau gadis yang bekerja dengannya tahu perkara ini mungkin berkecil hati. Sekiranya anda dikategorikan sebagai cantik, menawan dan menarik dalam definisi yang diciptanya, maka anda berpeluang mendapat kemudahan-kemudahan ini,

1. Si dia akan berkata-kata dan berbincang dengan anda melalui suara yang lembut dan berhati-hati. Mana gadis yang tidak suka lelaki yang berlembut apabila berbicara, betul?

2. Si dia akan memberikan anda bantuan kelas pertama dalam pelbagai situasi. Minta dihantar, dia akan membantu. Minta diteman, dia akan berada disisi. Minta diuruskan kerja, 90% dia akan menguruskan.

Tetapi jika anda dalam kategori biasa, tidak begitu menonjol, kurang menarik mengikut definisi hidupnya. Maka anda berpeluang untuk mendapat kemudahan-kemudahan ini,

1. Suara yang tinggi apabila menjawab dan berbincang dengan anda. Seolah-olah anda tuli atau tidak faham apa yang disampaikannya.

2. Alasan pelbagai jika anda minta dia membantu, diteman atau diuruskan sedikit kerja.

3. Kisah diri anda yang buruk pasti diceritakan di hadapan sahabat-sahabat lelakinya. Dalam masa dia memuji dia menonjolkan satu sisi yang berbeza pula. Misalnya, “Kakak yang bantu aku uruskan promosi kolej memang rajin bekerja, tetapi bendul sedikit.” Sedangkan inilah orang yang berjalan dalam hujan untuk menemuinya bagi menyelesaikan kerja.

Maaf, jika anda sarankan saya berikan nasihat. Ia tidak akan bermakna. Apa cadangan anda?

2 Komen »

  1. Anonymous said

    Bukankah ini realiti hidup? Rupa itu penting bagi sesetengah orang. Namun sebenarnya orang-orang seperti ini belum cukup dewasa. Mungkin umur sudah meningkat… tapi perangai masih macam budak2.
    Kalau nak tahu… orang macam ni yg selalu kena tipu… kerana mereka sangka luaran dan rupa itu penting. Kita harus menilai org dari segi bahasanya, percakapannya, kematangannya dan keikhlasannya… bukan rupanya.

    Tak perlu beri nasihat. Biarkan… satu hari nanti dia akan belajar juga untuk menilai apa yg baik dan apa yg buruk.

    Princess

  2. Puteri Daluwarsa said

    suatu hari dia akan merana. Orang yang sangat cantik pd matanya cuma mempergunakannya.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: