Lihat bintang, sahabat

Sejak dua hari aku bersms dengan seorang sahabat, membawa aku kepada satu perjalanan baru dalam memahami banyak perkara tentang hidup. Perkara yang perlu difikir-fikirkan dan sepatutnya dijadikan peringatan buat diri.

Bagaimana manusia harus melihat dunia ini dengan hati dan akal mereka?

Ada satu kata-kata yang cukup menarik perhatianku dan mungkin bagus untuk aku kongsikan kepada orang ramai, kata-kata yang menjadi nasihat diri.

Kami berbicara tentang bintang. Makhluk Allah yang aku sendiri selalu terlepas pandang. Jika tidak seluruh kampus bergelap selama 8 jam bermula pukul 10 sehinggalah ke Subuh, mungkin aku tidak tidak tergerak untuk melihatnya.

Kata sahabat ini dalam sms terakhirnya pukul 1.08 pagi,

“Memang ciptaan Tuhan itu Indah, tengoklah bintang itu sepuas-puas hati. Kalau tak bergelap begini, bilakah lagi dapat melihat bintang dan menghayatinya.”

Sambungnya lagi,

“Kadangkala lampu-lampu yang terang belum tentu dapat menerangkan hati manusia, sebagaimana kegelapan malam dapat meneranginya.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: