Karangkraf ii

Kuiz Sciences of Quran dalam masa dua puluh lima minit. Hanya lima minit untuk berada di hadapan tangga besar UIAM untuk lawatan ke Karangkraf. Sebagai salah sebuah kumpulan penerbitan berusia melebihi 20 tahun dalam penghasilan majalah dan buku, semestinya lawatan pendek ini memberi sedikit idea dan ilmu untuk dipraktikan.

Ruang kerja wartawan dan editor dikelompokan dan dipanggil ‘island’. Setiap island terdiri daripada editor dan wartawan dari pelbagai majalah. Jika dilihat kepada kelebihan mewujudkan island, ia membantu setiap wartawan dan editor untuk mendapatkan idea-idea luar pemikiran mereka dan skop majalah mereka. Wujud pertukaran bahan antara satu sama lain untuk dimuatkan dalam keluaran majalah mereka akan datang.

Kami bergerak ke bahagian kreatif yang bertanggungjawab dalam penghasil layout dan grafik majalah. Mengikut maklumat, mereka menggunakan perisian Adobe In-Design bagi tugas-tugas berkaitan. Bagi gambar-gambar luar negara seperti koleksi gambar pemain bola dan seumapamnya, mereka memperuntukan RM4,000 untuk setiap keping CD yang memuatkan gambar-gambar tersebut yang akan digunakan tanpa melanggar hakcipta.

Kami bergerak ke bahagian percetakan. Mereka bukan sahaja mencetak penerbitan dari kumpulan Karangan semata-mata, tetapi kilang percetakan juga mengambil tempahan klien-klien lagi. Atas sebab itu, sebarang foto tidak dibenarkan. Cuma setakat ini, bahagian percetakan akhbar sedang disiapkan dalam lokasi yang sama.

Bergerak ke bahagian yang menghasilkan majalah-majalah komik di bawah kumpulan penerbitan ini yang agak terpisah dengan bahagian-bahagian lain. Kami disambut saudara Gayour yang menjadi ketua editor di bahagian ini. Sedikit sebanyak kami dapat melihat bagaimana teknologi digunakan sepenuhnya dalam penghasilan lima buah komik setiap bulan.

Sempat juga menjenguk-jenguk kerja wartawan komik yang sibuk menaip buble dialog ke dalam komputer sebelum dihantar melalui server kepada kakitangan lain.

Jam 6.30 petang, berlari semual ke bilik untuk menyiapkan montaj dan video untuk Malam Anugerah Vision 2006 yang bakal diraikan tiga hari lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: