Peristiwa : Wasilah, hiburan berinformasi Islam gaya kontemporari

Wasilah, hiburan berinformasi Islam gaya kontemporari
Berita dan gambar oleh Zamri Mohamad

Santai dan bermaklumat. Itulah gambaran yang bertepatan untuk 13 siri musim pertama program televisyen terbaru yang bakal disiarkan di Ansar Channel, stesyen penyiaran Islam pertama di Malaysia bermula Jun ini.

Siri perbincangan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Ansar Channel telah membuah kesepakatan dalam penerbitan berunsur Islam, Wasilah yang bertepatan dengan keperluan penonton negara ini.

Wasilah yang diterbitkan oleh PPZ MAIWP, membawa maksud penghubung akan bersiaran setiap minggu dengan durasi siaran 30 minit melibatkan empat segmen setiap siri.

Segmen Lensa, menayangkan klip video nasyid terpilih yang bersesuaian dengan tema siri pada minggu tersebut. Manakala segmen Nur Kalam membincangkan tentang tema yang diutarakan pada setiap minggu dengan gaya santai dan pengisian ringan. Personaliti merupakan segmen ketiga yang mengetengahkan tokoh-tokoh korporat yang berjaya dan segmen Sana Sini berbentuk berita seminggu
PPZ serta paparan-paparan penting untuk komuniti Islam.

Mohd Rais Haji Alias selaku Pengurus Besar PPZ MAIWP berkata, “Kita sedia maklum, para penonton di Malaysia tidak mempunyai pilihan yang banyak dan kekosongan yang ada sememangnya wajar diisi dengan rancangan berunsur agama dalam versi baru.”

Tambah beliau lagi ketika majlis pelancaran program Wasilah di dewan masjid As Syakirin KLCC, pemilihan masjid sebagai lokasi pelancaran adalah bukti fungsi masjid yang pelbagai dan tidak terhad kepada solat semata-mata dan boleh dikembangkan kepada aktiviti masyarakat yang universal.

Nazir Idris, Pengarah Urusan Ansar Channel menambah, “Wasilah bakal ditonton dengan teknologi tercanggih masa kini. Kemudahan teknologi 3G yang bakal diaplikasi dalam penyiaran rancangan-rancangan melalui MITV bakal memberi peluang untuk orang ramai mengikutinya di mana sahaja.”

Nilai komersial dan hiburan bermaklumat berteraskan Islam menerima permintaan dan respon yang tinggi pada masa kini.

Pada masa sama, rancangan-rancangan agama tempatan turut menjadi tumpuan masyarakat Timur Tengah dan perbincangan untuk mewujudkan kerjasama alih bahasa program-program
ini bakal mengambil tempat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: