Hubungan di luar perkahwinan punca lazim perceraian bukan Islam

Dalam Negeri
Utusan Malaysia
Hubungan di luar perkahwinan punca lazim perceraian bukan Islam
PETALING JAYA 12 Mac – Hubungan di luar perkahwinan merupakan punca lazim bagi perceraian di kalangan pasangan bukan Islam yang kini semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Wanita MCA, Datuk Dr. Ng Yen Yen.

Bagaimanapun, beliau berkata berbanding dengan pasangan Islam yang mencatatkan lebih 69,000 kes antara 1999 dan 2004, kadar perceraian di kalangan pasangan bukan Islam lebih rendah iaitu 13,000 kes dalam tempoh yang sama.

“Namun, ia cukup untuk membangkitkan kebimbangan dan kita perlu menanganinya sebelum ia terkeluar daripada kawalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bring Your Heart Home di sini hari ini.

Ng berkata, masalah berkaitan kewangan di samping gaya hidup masa kini turut menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian.

“Kesemua ini perlu ditangani memandangkan masa sudah berubah dan penyelesaiannya memerlukan pendekatan yang berlainan. Tiga puluh tahun lepas, seorang isteri hanya mendiamkan diri apabila suaminya menjalin hubungan sulit, namun hari ini segala-galanya sudah berubah.

“Hari ini, tidak seperti 30 tahun lalu, wanita juga bekerja bagi menyara keluarga dan ini menambah ketegangan kepada perkahwinan. Ia memerlukan pemahaman dan tolak ansur antara pasangan terbabit,” kata Ng.

Sehubungan itu, beliau berkata lebih banyak ceramah dan seminar perlu diadakan bagi pasangan suami isteri untuk membantu mereka mengekalkan ikatan perkahwinan.

Seminar sehari itu dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Cina Malaysia dan menarik penyertaan kira-kira 250 pasangan Cina.

– Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: