Mohd Nazri tebus kegagalan SPM

Mohd Nazri tebus kegagalan SPM
Oleh Srihanasham Noordin
Berita Harian

JOHOR BAHRU: Mohd Nazri Hanapi, pelajar Melayu tunggal di negeri ini memperoleh 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2005, menganggap kejayaan sebagai menebus kegagalannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dua tahun lalu.

Kejayaan memperoleh Prinsipal A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Sejarah dan Ekonomi itu juga membolehkannya muncul sebagai pelajar pertama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permas Jaya, di sini mendapat keputusan A bagi semua mata pelajaran diambil.

“Saya pernah dapat keputusan teruk ketika SPM iaitu 3A, 4B dan 2C. Jadi, untuk STPM, saya bermula dari awal tahun ketika tingkatan enam rendah supaya tidak ketinggalan lagi,” katanya ketika ditemui di sekolahnya, di sini, semalam.

Anak kepada buruh Southern Waste Management (SWM), Hanapi Abdullah, 54, dan suri rumah, Salmah Kamat, 57, itu berkata, dia memperuntukkan waktu antara satu hingga dua jam sehari untuk belajar.

Katanya, waktu belajarnya mungkin tidak panjang tetapi dia percaya kepada kualiti masa yang dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran itu lebih penting berbanding kuantiti masa.

Mohd Nazri, anak bongsu lima beradik itu juga tidak menghadiri sebarang kelas tuisyen dan bergantung kepada kelas di sekolah atau kelas tambahan anjuran pihak sekolah.

“Saya mengambil aliran sains ketika SPM dan saya terpaksa belajar bersungguh-sungguh. Ketika STPM, saya beralih ke aliran sastera pula,” katanya.

Bercita-cita menjadi pendidik, Mohd Nazri berkata, dia sudah menghantar permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.

Sementara itu, Hanapi berkata, dia dan isteri tidak pernah mendesak anak belajar dan hanya menasihatkan saja supaya mereka rajin menuntut ilmu dan hasilnya, dua anaknya iaitu abang dan kakak Nazri berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.

“Dulu saya bekerja dengan Majlis Perbandaran Johor Bahru dengan gaji RM250 dan terpaksa menghantar lima anak ke sekolah.

“Oleh itu, kejayaan Nazri, abang dan kakaknya adalah satu kebanggaan serta kesyukuran bagi kami sekeluarga,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: