Angkat sendiri!

Pertandingan debat antara mahallah (kolej kediaman) yang pertama dianjurkan oleh mahallah Ali sememangnya memenatkan. Aku ditugaskan untuk menghasilkan kain pemidang dan poster. Syukur, ada juga sahabat yang kreatif dan kuat bekerja untuk menghasilkannya selepas diberi gambaran kasar dariku.

Meskipun ia berlangsung selama dua hari, tetapi persediaannya cukup memenatkan. Namun begitu, masing-masing berpuas hati dengan pengalaman baru ini. Aku tidak dapat hadir sepenuhnya sepanjang dua hari tersebut kerana kursus penulisan yang berjalan dari pagi sehinggalah jam 5 petang pada hari Sabtu dan Ahad. Melainkan pada hujung minggu itu, aku mengorbankan masa untuk bersama mereka.

Faizal yang bertanggungjawab menguruskan bahagian makanan kali ini ditemani oleh jawatankuasa yang lain. Lucu pula apabila melihat dia seorang diri semalam. Presiden kolej menjaga makanan dan air bungkus. Bak kata orang, kepimpinan melalui teladan.

Sedang kami mengemas kembali bekas-bekas makanan dan minuman peserta di kantin, saudara Ashraf membuka bicara, “Lain benar budaya tempatan kalau makanan ditaja begini.”

Masing-masing mahu mendengar lagi. Apa maksud di sebalik kata-kata itu?

Beliau menyambung, “Di Malaysia, mereka cenderung meninggalkan bekas makanan di atas meja. Tetapi kalau di Barat, di restoran makanan segera seperti McDonald dan Kentucky Fried Chicken, para pelanggan hatta yang berkot dan bertali leher akan membuangnya sendiri. Kalau tidak percaya pergilah KLCC dan lihatlah sendiri.”

Benar atau tidak. Aku hendak melihatnya sendiri.

Tetapi ia mengingatkan aku kepada zaman persekolahan dahulu di Sekolah Raja Muda, Kuala Lumpur. Kata guru, “Selepas makan, letak pinggan dan cawan di dalam bekas berwarna merah di hujung meja…”

Mereka akur.

1 Komen »

  1. Puan Ainon Mohd. said

    Sdr Zamri,
    Salah satu jenis majlis yang Nabi Muhammad tidak pernah adakah ialah majlis berdebat cara tradisi orang-orang Yunani yang dicipta oleh Plato. Ada dua pihak, masing-masing menggunakan otak dan lidah bagi membuktikan pihak lawannya salah, tidak betul, tidak pandai berfikir, tidak logik, tidak rasional, tidak kritikal, bodoh… Patutlah sdr rasa penat sangat…. sdr ikut menyumbang membuat majlis yang Nabi tidak pernah usulkan supaya ditiru daripada orang Yunani itu. Hmmmm…. entah berbaloi entah tidak…

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: