Penulis kecil-kecilan

Aku tertarik dengan catatan blog kisah kak Zalisa semalam. Ada penulis yang tidak baik latar belakangnya, menulis perkara yang baik. Moga-moga tulisan itu sendiri yang akan mengingatkannya untuk menjadi baik. Itu kesimpulanku.

Catatan ini mengingatkan aku permulaan menulis beberapa tahun lalu ketika di sekolah menengah. Pertama kali aku menulis dan tersiar ketika berada di tingkatan 5KMA, Sekolah Tinggi Melaka. Ketika itu, aku menulis kerana tercabar dengan sahabat penaku, Siti Nur Aisyah Idris yang mula-mula sekali muncul dengan rencana penulisannya sendiri.

Ketika itu amalan mengutus surat sesama rakan pena di bangku sekolah amat rancak. Kebiasaannya, selain dari surat menyurat bertanya khabar, perkara paling penting ialah bungkusan pos sebesar saiz A4 yang mengandungi set soalan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing. Itulah corak pembelajaran pada zaman aku sehinggalah ke tingkatan 6 yang banyak dilakukan oleh rakan-rakanku berbangsa Cina.

Kembali kepada cerita rakan penaku, Siti anak kelahiran Pulau Pinang bersekolah agama di Kedah. Ketika itu Utusan mempunyai ruangan khusus untuk pelajar dipanggil ‘Pelajar Menulis’. Apa yang hendak aku hantar? Akhirnya, aku mengambil keputusan mengambil isi-isi debat sekolah (sewaktu Piala TYT Gabenor Melaka) yang aku kumpul dalam sebuah fail kuning sebagai bahan penulisan pertamaku. Mesin taip Olympus menjadi pencatat ‘bising’ pada waktu malam dengan gelung riben karbon hitam yang semakin kabur.

Ia keluar, dengan tajuk ‘Keluarga Bahagia Sejahtera Negara’. Cuma ada satu kesalahan yang tercatat dalam rencana tersebut. Di bawahnya ditulis, tingkatan 4 Sains Satu, sedangkan aku aliran sastera. Dua-tiga hari selepas itu, rakan-rakan yang mebaca menampalnya di belakang kelas. Habis diperlinya aku.

“Kelas sastera mengaku sains…”

Dari situ aku mula rancak menulis. Tetapi kali ini pusingannya berbeza. Tidak ada satu pun yang keluar dalam akhbar. Lebih teruk lagi, majalah sekolah pun menolaknya, alasannya, “Penulisan awak terlalu panjang’. Sampai sekarang aku tidak boleh menerima alasan tersebut.

Aku mati semangat hendak menulis. Sehinggalah beberapa tahun kemudian, aku menjejakan kaki di UIAM pada tahun 2001. Pagi Ahad di perpustakaan sekadar hendak menggunakan internet. Akhbar Mingguan Malaysia pada pagi itu membawa satu perjalanan baru dalam dunia penulisanku sampai ke hari ini. Laporan muka hadapan, ‘Paderi hina Nabi sebagai pengganas’ begitu bunyinya. Kisah paderi yang mengatakan nabi Muhammad sebagai pengganas dalam wawancara yang disiarkan dalam CNBC. Aku pantas menulis dan menghantarnya ke ruangan Pendapat. Ia keluar dua hari selepas itu.

Sejak hari itu, aku menulis dan terus menulis. Cuma masalahnya, masih tidak begitu konsisten tetapi lebih baik dari dahulu. Satu perkara yang menggerakan aku hendak menulis ialah kesedaran kecil itu sendiri. Aku hanyalah warga kecil universiti, apabila dilonggokan dengan pelbagai ilmu baru. Ia membuat aku kagum meskipun tidak semua aku dapat amalkan dan ingati.

Kemudian tercetus satu persoalan.

Bagaimana orang di kampung dan mereka yang tidak berpeluang hendak ke universiti hendak tahu apa yang ada di kampus ini dalam cara yang paling mudah?

Dari soalan yang entah dari mana datangnya. Soalan ini kembali kepadaku kerana aku pernah gagal ke universiti sebelum itu.

Aku mula menjadikan bahan-bahan nota pengajianku sebagai artikel-artikel di akhbar. Sedaya upaya menjadikan ia mudah difahami dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja meskipun mereka sedang minum di kedai kopi di ceruk-ceruk kampung.
Majalah Dewan Siswa memberiku ruang yang cukup besar selama setahun dengan kolum bulanan bertajuk Personaliti Pelajar, adaptasi dari nota-nota tahun dua, Interpersonal Communication.

Cerita ini masih panjang. Cukuplah sampai di sini.

1 Komen »

  1. Along said

    salam. Abg…seems like kita ada persamaan dari banyak segi ..ttg dunia penulisan, but the fact is you’d lead the way🙂 nak sgt ‘be somebody’ secara konsisten dlm penulisan ni..hmm! Bila gamaknya jadi realiti..😉

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: