Helikopter sekolah.

Bercerita tentang tragedi yang menimpa seorang hartawan yang terkorban setelah terkena bilah helikopter di kepalanya. Cerita ini membawa kepada satu kisah yang berkait rapat dengan pengangkutan udara ini. Cerita ini timbul ketika aku dan rakan-rakan lain dalam perjalanan pulang ke Melaka pada malam Jumaat lalu.
“Aku teringat kisah yang diceritakan oleh ibuku,’ kata Ayie yang membawa kenderaan.
Ibunya bertugas di sebuah sekolah. Tengah hari itu merupakan sesi kedua persekolahan yang baru hendak bermula. Guru-guru bersama pengetua masih sibuk bermesyuarat sehinggalah kedengaran hingar bingar suara para pelajar yang melihat sebuah helikopter sedang mendarat di tengah padang sekolah.
Rosakkah?
Ada sesiapa yang cedera yang hendak dibawakah?
Ada hal kecemasankah?
Kemudian datang seorang pelajar perempuan berlari-lari ke arah helikopter. Juruterbang menghulurkan tanganya ke luar memberi sesuatu yang terlupa dibawa oleh pelajar tersebut
Bekal makanan rehatnya.
Juruterbang helikopter itu adalah ayahnya

3 Komen »

  1. Aina Emir said

    Cerita pasal helikopter ni, akak memang fobia. Teringat beberapa bulan yang lepas. Suami akak terpaksa naik helikopter tentera di Johor kerana hendak meninjau tapak projek. Suka tak suka kena naik juga sebab tak ada pilihan. Bila dia balik, akak merungut. Takut dengan keadaan helikopter tentera yang jauh terlalu uzur. Kebetulan, beberapa minggu selepas itu, helikopter yang sama telah jatuh terhempas! Selama ini akak fobia kerana kebetulan juga, suami sepupu akak(seorang berjawatan tertinggi dalam tentera, telah meninggal dunia kerana jatuh terhempas helikopter di Sarawak). sudah ajalnya!

  2. Aina Emir said

    A’kum.

    Akak ada satu cerita fasal helikopter ni. Beberapa bulan yang lepas suami akak kena naik helikopter melawat kem tentera di Johor (kerana ada projek perumahan di sana). Akak kurang senang sebab selalu sangat helikopter lama yang digunakan untuk buat kerja-kerja seperti itu. Malah, suami akak terpaksa naik juga kerana tiada pilihan! Nak buat macam mana… kalau tidak tak dapat nak tengok tapak projek. Beberapa minggu selepas itu, helikopter yang sama yang dinaikinya itu telah jatuh terhempas! Memang menggerunkan.

  3. T-T said

    boleh sye tahu sekolah mn??

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: