Sembang Ilmu dengan Pak Samad

Aku selalu melihat dia dari jauh. Pertama kali menemuinya ketika berada di Dewan Bahasa dan Pustaka bersama sahabatku, Fadhli Yusof ketika pesta buku di sana. Ketika itu melihat beliau sedang menikmati secawan teh di gerai berhampiran. Tempat paling biasa aku temui ialah di beberapa buah toko buku di KLCC. Dato A Samad Said atau lebih popular di panggil Pak Samad, dengan beg galasnya tenang menyelak lembaran buku satu persatu. Kali ini aku menemuinya sekali lagi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Gerai PTS, ketika itu abang Zafran sedang duduk di sebelahnya sehinggalah beliau menegurku.

“Penulis harus ada satu jiwa,” nasihat awalnya buat penulis mentah sepertiku.

Sambungnya lagi, ” Satu jiwa maksudnya, pimpin pemikiran dan hati kita kepada satu gaya penulisan yang sebati. Cari apa sahaja yang berkaitan dengan gaya penulisan kita hari ini. Jangan jadi rojak.”

Nasihatnya tidak terhenti di situ. Datang seorang pengunjung gerai berbangsa Cina, dengan hormat dia menyapa Pak Samad, “Dato…”

Tangannya lekas-lekas mengambil beberapa buah buku Pak Samad yang dipamerkan di atas meja dan menyerahkan kepada Pak samad untuk di tandatangani.

“Nama saya Law,” sambil matanya melihat tanpa kelip pen dakwat basah yang sedang melakar nama Pak Samad di atas buku-buku itu.

Tujuh minit kemudian Law meninggalkan kami, menuju ke gerai-gerai lain. Tidak ada apa-apa yang ingin ditanya, laju langkahnya meninggalkan kami.

“Orang membeli buku bukan sekadar membaca,” sambung bicaranya.

Bukan sekadar membaca. Jika bukan itu tujuannya, untuk apa? Fikiran mentahku berputar ligat mencari jawapan.

“Ada orang membeli buku untuk melihat kulit, mengkaji setiap baris perkataan, ‘membaca’ warna. Tidak lama kemudian, mereka awak akan jumpa kembarnya dalam pasaran. Wang bukan masalah berbelanja untuk keperluan itu.” jelasnya.

“Bagaimana dengan pemilihan bahan bacaan, Pak Samad?”
“Saya lebih cenderung membaca ulasan buku untuk memilih buku-buku yang bagus.”
Datang lagi kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan para pelajar IPTA yang mengambil peluang bersalam-salaman dengannya dan mengambil gambar. Bimbingan masih belum berakhir.

“Menulis harus cepat. Jika tidak akan dihijack…” nasihat akhirnya yang akan aku ingati. Terima kasih Pak Samad.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: