Akhirnya bertemu jodoh juga

Akhirnya bertemu jodoh juga
JOHOR BAHRU 12 Mac 06 – Seorang wanita berusia 55 tahun yang tidak pernah mendirikan rumah tangga akhirnya bergelar isteri hari ini apabila bertemu jodoh dengan seorang warga emas yang berusia 78 tahun selepas lelaki berkenaan jatuh cinta pandang pertama dengannya.

Jamilah Ismail, 55, selamat disatukan dengan pasangannya, Ahmad Nordin, 78, oleh juru nikah, Datuk Imam Mahad kira-kira pukul 2 petang dengan mas kahwin RM22.50 tunai di Masjid Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Ini merupakan perkahwinan kali kelapan bagi Ahmad Nordin yang mempunyai 10 orang anak dan 48 cucu.

Ahmad ketika ditemui berkata, dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Jamilah kerana inginkan seorang teman hidup yang menjaga makan minum serta pakaiannya selepas bercerai dengan bekas isterinya pada Mac tahun lalu.

Katanya, sikap lemah lembut serta mengambil berat tentang dirinya membuat dia terbuka hati untuk mengambil Jamilah sebagai isterinya.

“Saya mengenali Jamilah sejak tiga bulan lalu apabila dia sering menemani saya mengunjungi rumah anak-anak di Taman Johor Jaya dan Taman Perling.

“Sebelum ini, saya menguruskan diri saya sendiri seperti memasak, membasuh pakaian dan mengemas rumah memandangkan ke semua anak-anak saya sudah mempunyai keluarga sendiri dan tinggal berasingan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pernikahan itu di sini hari ini.

Pada majlis itu, kedua-dua keluarga pengantin lelaki dan perempuan hadir di masjid untuk menyaksikan pernikahan pasangan tersebut.

Selepas itu, kedua-dua mempelai itu diraikan dalam satu majlis lain di rumah pengantin lelaki di Kampung Kurnia di sini hari ini.

Ahmad berkata, walaupun baru berkenalan tiga bulan Jamilah merupakan seorang wanita yang prihatin dan amat mengambil berat tentang dirinya.

Tambahnya, walaupun isterinya itu tinggal di Bukit Cagar dan dia pula menetap di Kampung Kurnia di sini namun jarak tempat tinggal tidak menghalang mereka untuk mengenali lebih dekat antara satu sama lain.

Dalam pada itu Jamilah ketika ditemui berkata, dia gembira kerana akhirnya menamatkan zaman daranya walaupun pada usia emas.

Tambahnya, perkenalan dengan suaminya itu dibuat oleh saudara pihak lelaki yang melihat kedua-dua mereka mempunyai persamaan.

Jelasnya, suaminya itu amat mengambil berat dan baik terhadap dirinya yang membuatkan dia terharu kerana ada insan lagi yang masih menyayangi dirinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: