Cinta menurut agama

bicara agama

Cinta menurut agama
Oleh ZUNAIDAH ZAINON

WALAUPUN Islam melarang umatnya meraikan sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day pada 14 Februari, agama yang sempurna itu membenarkan umatnya menghayati nilai cinta dan kasih sayang dalam acuan yang bertepatan dengan hukum syarak.

“Tidak salah mencari cinta kerana cinta hanya wujud dengan adanya keizinan daripada Allah s.w.t.,” ujar pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah yang menulis buku mengenai Petua Jatuh Cinta.

Cinta juga terbina daripada perspektif yang mengaitkan hubungan manusia sesama manusia dan dengan Allah s.w.t.. “Jika gagal mencari cinta, kaji semula hubungan kita dengan Allah,” katanya pada Forum Bicara Cinta yang diadakan di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini.

Hos program Islam Hadhari RTM, Pahlol Mohd. Juoi yang menulis buku Tentang Cinta pula menyatakan, seseorang yang kerap kali menemui kegagalan bercinta sebenarnya masih belum mampu mencintai dirinya sendiri dan tidak membina hubungan yang erat dengan Allah s.w.t..

“Dalam kitaran cinta, ada yang berjaya hingga ke jenjang pelamin. Tidak kurang juga ada yang gagal. Dalam hal ini, kita perlu menilai semula diri sendiri. Cinta tidak akan datang sekiranya kita gagal mencintai Allah s.w.t.,” katanya.

Pahlol menegaskan, cinta selepas perkahwinan adalah lebih indah kerana hubungan dihalalkan atas ijab dan kabul. Dengan itu, banyak perancangan boleh dilakukan bersama dan ia dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

“Dewasa ini ramai remaja yang bercinta tersalah memilih jalan hingga menyebabkan mereka terlibat dengan masalah sosial seperti hamil anak luar nikah dan akhirnya mengambil jalan pintas dengan menggugurkan anak. Cinta tidak salah tetapi biarlah dengan berlandaskan prinsip-prinsip agama,” kata Pahlol.

Selain forum Bicara Cinta yang menampilkan Aziz Desa sebagai pengerusi, turut diadakan ialah pelancaran kedua-dua buku tersebut yang disempurnakan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UIAM, Hamidon Abd. Hamid.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: