Kopi O pengikat kasih warga emas

dalam negeri

Kopi O pengikat kasih warga emas
Oleh: MOHD. FAIRUZ YUSOF

JOHOR BAHRU 4 Mac 06 – Secawan kopi O yang sering disediakan oleh seorang penghuni Rumah Seri Kenangan Ungku Mohsin (RSKUM) di sini berjaya menambat hati seorang lagi penghuni warga emas hingga membawa mereka ke jenjang pelamin hari ini.

Lebih menggembirakan perkahwinan itu turut mempertemukan pengantin perempuan dengan bapanya yang terpisah sejak 10 tahun lalu untuk menjadi wali.

Kedua-dua mempelai, Rahmad Tahir, 62 dan Kuntum Shamsudin, 45, diijabkabulkan oleh Imam Daerah Johor Bahru, Makhadzir Abdan kira-kira pukul 10.45 pagi di RSKUM.

Rahmad, seorang duda anak lima berkata, dia menghuni RSKUM kira-kira tujuh tahun lalu dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Kuntum kerana sifatnya yang ringan tulang.

“Isteri saya tidak pernah membantah ketika saya meminta tolong untuk membancuh secawan kopi O setiap malam.

“Cinta kami umpama pandang pertama walaupun ia berlaku untuk kali kedua dalam hidup,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pernikahan itu.

Turut menyaksikan majlis perkahwinan itu ialah dua anak Kuntum, Siti Rohani Saming, 23 dan Rosli, 20.

Pengantin perempuan memberi 11 dulang hantaran dan pengantin lelaki membalas dengan sembilan dulang.

Walaupun sudah berkahwin, Rahmad dan Kuntum membuat keputusan untuk terus menjadi penghuni rumah kebajikan itu yang dianggap menyimpan banyak kenangan dalam hidup mereka.

Bagi Kuntum, tiada yang lebih bererti apabila majlis berkenaan turut dihadiri oleh bapanya yang terpisah kira-kira 10 tahun lalu.

“Saya tidak menduga dapat bertemu semula dengan bapa yang disangka meninggal dunia dan turut menjadi wali pernikahan kami,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: