Rafidah mahu wanita sentiasa hiasi diri

Utusan Malaysia 2006

Rafidah mahu wanita sentiasa hiasi diri
BAYAN LEPAS 1 April – Golongan wanita terutama yang berkeluarga perlu sentiasa menjaga kebersihan dan keterampilan diri bagi menarik perhatian suami masing-masing.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz (gambar) ketika memberikan panduan menjaga keluarga itu berkata, ini selaras dengan matlamat untuk menggolongkan mereka sebagai wanita yang mempunyai mentaliti kelas pertama.

Sambil menyelar wanita yang mengabaikan aspek itu, Rafidah berkata, soal rumah tangga perlu diberi keutamaan walaupun pasangan suami isteri telah lama berkahwin dan mempunyai cucu.

“Jangan sampai bila sudah 20 tahun, kita rasa sudah tidak ada apa-apa lagi, sudah menurun sedangkan lelaki bila sampai 20 tahun (kahwin), mereka semakin aktif,” katanya ketika berucap pada pertemuan dengan anggota Wanita Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Rafidah yang juga Pengerusi Wanita BN berkata, peringatan itu ditujukan bukan sahaja kepada wanita Melayu tetapi juga kepada semua wanita dari kaum lain termasuk Cina dan India yang menganggotai parti-parti komponen BN.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta pemimpin-pemimpin Wanita BN negeri.

Menurut Rafidah, selain kebersihan dan keterampilan diri, wanita juga perlu memastikan kebersihan seluruh kawasan rumah sehingga ke bilik air dan bilik tidur bagi menjamin suasana harmoni kekeluargaan.

“Ini ada yang pergi rombongan naik bas ke seberang (negara jiran) beli toto (alas tidur) tetapi simpan dalam almari, pinggan mangkuk simpan dalam almari, karpet (permaidani) digulung sahaja, tidak hias rumah,” jelasnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: