Rutin hidup pemimpin Palestin

Rutin hidup pemimpin Palestin
GAMBARAN mengenai Yasser Arafat ialah beliau sanggup mengabdikan keseluruhan hidupnya demi memperjuangkan hak penduduk Palestin sehingga mengetepikan kehidupan peribadinya.

Di sebalik ketokohan serta komitmen Yasser yang jelas dipertontonkan kepada masyarakat dunia, pemimpin berusia 75 tahun ini tidak lekang dari gosip-gosip liar kononnya pernah terjebak dalam kancah percintaan.

Kesemuanya itu bagaimanapun telah dinafikan oleh Yasser. Beliau mengejutkan dunia apabila mengahwini kenalannya Suah Tawil pada tahun 1990 ketika usianya mencecah 62 tahun.

Suah yang berlatarbelakangkan keluarga mewah Kristian dari Ramallah, 34 tahun lebih muda daripada Yasser.

Ibunya Ramonda aktif menentang pendudukan Israel pada tahun 1970-an. Ketika Suah berusia 18 tahun, keluarganya berpindah ke Paris.

Suah bekerja di pejabat Yasser di Tunisia dan kedua-duanya berkahwin secara rahsia setelah memeluk Islam.

Dari sudut psikologi, fakta paling menonjol ialah jadual kehidupan harian Yasser tidak berubah sedikit pun sejak beliau berkahwin dengan Suah.

Beliau tetap meneruskan gaya hidup dan agenda sehariannya yang sentiasa padat sehingga ke satu peringkat terlalu sukar baginya untuk meluangkan masa bersama isteri dan satu-satunya anak perempuan beliau.

Yasser secara berterusan mengabdikan keseluruhan hidupnya demi mempertahankan Palestin malah perkahwinannya dan kelahiran anak perempuan tidak mengubah sedikit pun perjuangan beliau.

Malah Suah telah memainkan pelbagai peranan dalam beberapa pertubuhan di Palestin. Berhubung pandangan serta sikapnya terhadap Israel pasangan suami isteri ini ternyata mempunyai persamaan.

Temu ramah dengan beberapa individu yang rapat dengan Yasser mendedahkan gaya hidup serta cara kerja pemimpin Palestin yang tidak pernah berubah di sebalik pelbagai perubahan politik yang berlaku di sekeliling beliau.

Tiga per empat dari masanya setiap hari adalah untuk bekerja tanpa mengira siang dan malam sehingga layak digelar `workaholic’.

Bercakap mengenai konsep kerjanya, Yasser menegaskan ahli politik yang cekap dan bijak mesti membaca sendiri setiap kertas.

Jadual hariannya biasanya bermula dengan bangun yang agak lewat, bersarapan menu sihat, melakukan senaman, bermesyuarat serta mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak hingga lewat malam.

Waktu pagi biasanya diperuntukkan untuk melayan permintaan orang perseorangan seperti wanita yang memohon biasiswa untuk anak lelaki mereka.

Mesyuarat-mesyuarat penting biasanya berlangsung pada waktu malam sehingga dinihari. Yasser dikatakan bersemangat dan begitu berhati-hati selain berada dalam mood yang terbaik pada lewat malam.

Di sebalik pelbagai perubahan yang telah beliau lalui termasuk dalam kes Jordan, Lebanon, Tunisia, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, agenda harian Yasser dan tabiat kerja asasnya begitu sukar berubah.

Sepanjang mengabdikan diri untuk perjuangan rakyat Palestin, orang-orang yang berada di sekeliling Yasser dikatakan terpaksa menyesuaikan diri mereka dengan agenda serta keutamaan Yasser. – Palestine Facts

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: