Saya bukan lelaki touch and go – Hans Isaac

Saya bukan lelaki touch and go – Hans Isaac
“SAYA bukan lelaki touch and go kalau bercinta dengan perempuan! Saya ni hormat perempuan. Saya bukan kasanova atau playboy. Kalau orang tuduh saya macam tu, maknanya dia belum kenal siapa saya yang sebenarnya. Jangan sebab saya ni ada rupa, ramai peminat perempuan, saya diberi pandangan buruk. Hanya kawan-kawan baik tahu siapa saya.

“Saya tak fahamlah Huzz, kenapa ada lelaki nak cemburu dengan saya kalau awek dia atau pasangan dia sukakan saya? Pasangannya minat saya sebagai artis saja. Jangan risau, saya pun bukan jenis lelaki pantang nampak perempuan nak cilok atau ambil peluang.

“Dalam bercinta pun saya bukan jenis bertahan cuma tiga bulan lepas tu nak tukar baru. Ya, saya pernah beberapa kali bercinta dan putus cinta. Tempoh percintaan saya dengan seseorang perempuan bertahan biasanya lama, sampai ada tu setahun. Lepas tu kalau dah tak boleh nak teruskan cinta, kami putus.

“Saya tak amalkan sikap atau cinta touch and go dengan perempuan.”

Demikianlah pengakuan terus terang Hans Isaac petang Selasa lalu waktu kami duduk berborak sesudah majlis sidang media filem Qabil Khushry Qabil Igam. Majlis itu diadakan di hotel cantik bertaraf enam bintang – Marriott Putrajaya.

Petang tu Huzz tanya Hans juga, kenapa di usia 35 pada tahun 2006 ini dia belum ada calon isteri. Hans ni kacak. Segak. Sampai bila mahu solo? Gadis Melayu ramai minat Hans. Ella pernah jadi kekasih Hans. Kata Hans: “Ya dulu saya pernah bercinta dengan Ella. Lepas tu sesudah tak bercinta dengannya, saya ada cinta lain. Tapi cinta saya tak kekal. Bukan kerana saya playboy, tapi kami dah tak boleh teruskan.

“Saya mengaku saya ni memang ramai kawan perempuan. Tapi hanya ka-

wan. Emak sudah lama mahu saya lekas kahwin. Abang saya dah kahwin, adik perempuan saya pun dah kahwin. Cuma saya ni saja belum kahwin. Krismas Disember 2005 lalu, emak saya tanya lagi fasal kahwin. Dia tak kisah siapa saya pilih. Emak mahu saya kahwin.

“Saya rasa punca saya tak dapat nak serius dengan perempuan sebelum ini sebab saya ni terlalu banyak habiskan masa untuk kerja, kerja dan kerja. Perhatian pada kekasih kurang. Tapi saya juga kena cari kekasih yang faham kerjaya saya.

“Betul Huzz, tahun ini antara azam saya ialah untuk menamatkan alam single. Saya tak nak emak carikan saya bakal isteri, saya nak cari sendiri.”

Demikianlah pengakuan terus terang Hans di depan Huzz. Baguslah tu kalau Hans tak mengamalkan sikap pikat perempuan untuk cinta touch and go.

Bukan apa sekarang memang ada lelaki di KL ni menjadikan rupa paras elok yang dianugerahkan Tuhan sebagai senjata menggoda perempuan. Yang sedih tu, ada juga yang rupa pun kurang, aura pun tak ke mana, tapi berminat nak mempermainkan cinta jujur perempuan. Dia ingat perempuan ni pakaian dalam dia ke?

Dalam pada tu, Huzz dapat tahu sekarang ni ada seorang artis yang masih solo tu adalah kawan Hans juga. Hans kata, kalau nak kahwin dia nak pilih yang sama bidang. Ehem, ehem, kalau jadi dengan si kawan tu, jangan lupa beritahu Huzz tau!

HUZZ: Di Hari Raya Aidiladha ini sama-samalah kita menghayati pengertian korban dan haji yang sebenarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: