Sultan Brunei jatuh cinta pandang pertama

Sultan Brunei jatuh cinta pandang pertama
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Percintaan diraja antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, 58, dengan bekas personaliti berita TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 26, berlaku terlalu singkat.

Ia adalah lebih kepada cinta pandang pertama Sultan Brunei itu terhadap wartawan kecil molek itu.

Rakan-rakan terdekat Azrinaz memberitahu Utusan Malaysia, ia berlaku semasa Azrinaz membuat liputan berita lawatan seorang pembesar negara ke Brunei, kira-kira dua tahun lalu.

“Semasa liputan itu, Sultan Brunei terpandang Azrinaz dan terus jatuh hati. Selepas itu, Sultan sering menonton Azrinaz membaca berita di TV3,” katanya di sini hari ini.

Azrinaz pada masa itu sering diberi tanggungjawab membuat liputan utama negara, persidangan Dewan Rakyat dan liputan Perdana Menteri.

Sebelum meletak jawatan Mei lalu, beliau juga turut membaca berita Buletin pagi dan tengah hari stesen televisyen itu.

Azrinaz dan Sultan Brunei diijabkabulkan pada satu majlis akad nikah tertutup di ibu negara, kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu lalu, yang dihadiri keluarga sanak saudara dan rakan terdekat kedua-dua pihak.

Naz, panggilan mesra Azrinaz, pernah menerima anugerah Wartawan Harapan TV3 pada 2000. Dia mengikuti kursus Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1987 sebelum menyertai stesen penyiaran berkenaan dua tahun selepas itu.

Menurut sebuah akhbar hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Farid Ridzuan sendiri mengakui beliau sendiri tidak mengetahui mengenai percintaan pasangan itu.

“Mungkin Azrinaz hanya berkongsi cerita mengenai hubungannya dengan Sultan bersama rakan terdekat di jabatannya,” kata beliau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: