Tercabar dengan bekas wanita teman kekasih

Tercabar dengan bekas wanita teman kekasih
Putri,
SAYA mempunyai seorang teman lelaki yang sebelum ini pernah mengalami kekecewaan dalam percintaannya. Selepas kurang lebih setahun setengah menyendiri dan cuba pulih daripada kelukaan itu, barulah saya berjaya mengetuk pintu hatinya.

Saya tahu, antara dia dan bekas teman wanitanya itu tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan kini. Tetapi, saya selalu tidak berpuas hati dan cuba mengorek tentang sejarah silamnya.

Dia seperti kurang selesa untuk bercerita dan meminta saya agar mempercayainya bahawa kini, hanya saya di hatinya. Saya menghormati permintaannya itu. Setelah berpuas hati dengan kata-katanya.

Bagaimanapun, selepas saya mengetahui butir-butir peribadi bekas kekasihnya itu daripada seorang teman, perasaan ingin kembali saya bertandang semula. Apatah lagi apabila kawan saya itu memberitahu, perhubungan mereka berdua yang romantis dan bertahan sehingga tujuh tahun lamanya.

Tambah teman itu lagi, dia sama sekali tidak menyangka pasangan yang dikenali sebagai belangkas di kalangan rakan-rakan sekolej dulu akhirnya terpisah jua. Dalam dia seronok bercerita, teman saya ini tidak tahu-menahu bahawa saya adalah pengganti kepada bekas teman wanita kekasih saya kini.

Setelah saya berterus terang dengannya, barulah dia berhenti bercerita dan tidak mahu menyambung lagi selepas didesak. Apa yang diceritakannya itu nyata membuat hati saya tidak senang. Lalu, saya terus bertanyakan kepada kekasih saya soalan demi soalan mengenai hubungan mereka berdua.

Mulanya, dia okey tetapi lama-kelamaan setelah saya terus menyerangnya bertubi-tubi, teman lelaki saya itu naik marah dan memberikan saya kata dua. Walaupun saya sudah meminta maaf daripadanya namun, hati saya selalu tidak tenang apabila teringatkan kisah percintaan mereka.

Khabarnya, dia juga merupakan seorang gadis yang jelita dan digilai ramai. Tetapi, teman lelaki saya bertuah mendapatnya. Ah, naik mereng saya dibuatnya memikirkan perkara ini. Tidak tahulah macam mana perasaan saya agaknya kalau bersua muka dengan gadis berkenaan. – SARA

Sara,
Apa kata kita buat kira-kira sedikit. Bayangkan. Sara campur kekasih Sara, sama dengan perasaan yang mendalam dan gadis itu campur kekasih Sara, juga sama dengan satu perasaan yang mendalam.

Tetapi, walau apapun, Sara dengan gadis itu tidak sama kerana masing-masing mempunyai jambatan masa sendiri yang menghubungkan kalian dengan si teman lelaki.

Apa perlunya Sara meletakkan kekasih dalam satu keadaan yang tertekan dengan cara memintanya agar mengimbas kembali saat-saat di mana perasaan mendalam yang buat masa ini ditumpukan terhadap Sara, disimpangkan kepada orang lain iaitu bekas teman wanitanya dulu?

Paling best sekalipun, ya, Sara akan berasa puas hati. Kalau setakat itu sahaja tidak mengapa tetapi Putri berani katakan, Sara tidak akan pernah puas. Dia sekarang menjalinkan hubungan dengan Sara. Sudah tentu memori silam dengan bekas teman wanitanya itu menjadi satu ancaman kepada perasaannya pada Sara buat masa ini.

Sekalipun dia membisu apabila Sara menanyakannya mengenai perkara itu, janganlah membacanya sebagai satu bentuk penyisihan tetapi lebih kepada untuk menjaga serta melindungi perhubungan kalian.

Kalau Sara nak juga tahu (satu keperluan untuk tahu), perlahan-lahanlah. Tetapi kalau dia enggan, belajarlah untuk tidak mendesaknya jika Sara betul-betul menyintai si dia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: