Kuasa buku kecil.

Sebagaimana dirancang, hari ini aku mesti keluar dari kampus. Tujuannya, sekadar hendak membeli majalah i keluaran April. Sebagaimana dimaklumkan oleh saudara Radziq, artikel berkenaan demonstrasi aman di UIAM telah keluar.

Sememangnya, KL Sentral menjadi sasaran utamaku untuk mendapatkan majalah-majalah sehinggakan salah seorang pekerjanya, lelaki tua berumur 50 tahun dari Madras bernama Hanifah sudah mula mengecam wajahku. Masakan tidak, longgokan buku-buku lama potongan 50% menjadi tempat persinggahanku selama ini.

Kali ini ditemani oleh saudara Haiqal, kebetulan beliau juga bercadang hendak ke kedai buku Konikuniya untuk membeli buku-buku berkenaan arkitek dan senibina. Untuk hari ini sahaja, empat kedai buku kami masuki, KL Sentral sahaja sudah tiga buah kedai, manakala sebuah lagi di KLCC.

Di Konikuniya, aku tertarik dengan gelagat seorang wanita berbangsa cina yang aku percaya seorang bukan Islam dan beragama Kristian. Dia khusyuk membaca buku nipis berbahasa Inggeris bertajuk ‘What Muhammad said about Jesus’.

Mula-mula dia membacanya di hadapan rak buku kategori Islam, kemudian beranjak dari situ sambil membaca, kemudian duduk di anak tangga dan terus membaca sehinggalah kedengaran pengumuman bahawa kedai akan ditutup tidak lama lagi. Masih tidak beranjak.

Itulah kuasa sebuah buku kecil, hanya beberapa helai sahaja muka surat sahaja tetapi mampu membuat manusia ‘tunduk’ menghadapnya.

Keluar ke Konikuniya jam 9.30 malam, sekali lagi berjumpa Pak Samad sekali lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: