Permainannya cukup mudah, dengan yuran penyertaan sebanyak RM2.00, para peserta diberi modal sekitar RM30,000 (atas kertas sahaja) yang diuruskan oleh seorang pelajar yang menjadi pengurus kewangan peserta. Setiap hari kami akan ketagihan membeli akhbar The Star untuk memilih dan melaburkan saham kepada syarikat yang tersenarai dalam papan kedua. Masing-masing seronok bermain nombor.
Jika tidak silapku, hampir 70 pelajar menyertai pertandingan saham olok-olok ini. Secara tidak langsung, aku dan rakan-rakan Melayu yang lain pada awalnya tidak tahu menahu tentang saham, tiba-tiba sahaja jadi arif mengikut pendekatan kami sendiri.
Perkara paling penting dalam pertandingan ini ialah membuat pelaburan yang bijaksana dan membuat pelaburan sebelum ditutup jam 2.00 petang (waktu persekolahan tamat pada waktu itu).
Kerana pertandingan ini, setiap pelajar mempunyai akhbar The Star di bawah meja masing-masing. Itupun hanya ruangan saham sahaja, selebihnya disedekahkan kepada orang lain. Waktu guru mengajar, mereka sibuk melihat nombor. Termasuklah aku dan dua orang sahabat yang lain, kami duduk di meja hadapan sekali. Memang berisiko kalau ditangkap guru.
Sebulan sahaja tempoh diberi. Akhirnya keputusan diumumkan, dalam tidak tahu apa-apa tentang saham, kedudukan satu-satunya pelabur saham Melayu seperti kami tidaklah sampai di tangga tercorot sekali, mujurlah pertengahan. Beberapa tahun berlalu, aku baru mengetahui ada penyenaraian saham berasaskan syariah. Agak-agaknya bolehkah kalau dibuat pertandingan seperti itukah dalam versi Islami?
Leonidas Spartacus said
Boleh pakai jugak idea ni. Untuk pelajar kolej professional melaka.