Ribut PWTC


Dipetik dari PTS.com.my
PBAKL06 terus mencatat rekod. Seperti tahun-tahun sebelumnya, gerai PTS tidak pernah gagal dari serbuan pengunjung Pesta Buku Antara Bangsa KL 2006.
Pesta Buku Antarabangsa KL kembali lagi. Kali ini bertempat di Dewan Tun Razak 1 & 2, PWTC. Di bangunan baru yang dipisahkan dari bangunan induk PWTC oleh sungai Klang. Hanya sebuah jambatan sempit yang menghubungkan dua bangunan ini.
Walaupun ditempat baru dan sedikit terpecil dari bangunan utama, PBAKL06 tetap dibanjiri pengunjung. Dengan dewan yang luas dan jumlah gerai yang bertambah dari tahun lepas, jumlah pengunjung tidak pernah surut. Maklumat dari penganjur mengatakan pada hujung minggu sahaja jumlah pengunjung tidak kurang dari 300,000 orang.
Dengan suasana baru dan jumlah pengunjung yang bertambah, pastinya yang tidak lekang senyum di bibir adalah para peserta pameran, samada dari dalam mahupun luar negara.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, PTS tidak pernah terkecuali dari memeriahkan pesta buku ini.
Sejak mula aktif dalam industri penerbitan buku 5 tahun lalu, PTS pantas berkembang sejajar dengan perkembangan industri buku tempatan. Walaupun masih setahun jagung, PTS sentiasa berusaha memartabatkan industri buku tempatan khususnya dalam bidang penerbitan buku-buku ilmu popular. Kali ini PTS berkembang dengan mengambil sebanyak 6 buah gerai pameran berbanding 4 pada tahun lepas.
Pesta buku kali ini menyaksikan usaha PTS yang sentiasa terkehadapan dalam dunia penerbitan tempatan. Beberapa produk baru seperti siri-siri Remaja Aktif @ Re-Aktif, Rahsia Bisnes, Novel Remaja Awal, Komik Ibadah dan sebagainya mendapat sambutan hangat. Beberapa judul buku turut habis dijual walaupun baru diterbitkan. Misalnya buku ‘Rahsia Bisnes Cara Orang Cina’, ‘Rahsia Bisnes Cara Jepun’ habis dijual sepanjang pesta buku.
Novel-novel remaja awal ini turut mendapat sambutan hangat walaupun masih baru dalam pasaran. Beberapa orang penulis PTS seperti Farihah Iskandar, Alif Firdaus, Zafran, Dr Danial, Datuk Fadzilah Kamsah, Ahmad Fadzli dan lain-lain lagi turut tidak menang tangan melayani peminat yang ingin mendapatkan autograf mereka.
Kali ini PTS turut memeriahkan pesta buku dengan beberapa acara dan aktiviti untuk pengunjung. Mengikut perancangan asal terdapat lebih 20 acara disusun.
Walau bagaimana pun, disebabkan ketidaksesuaian tempat acara yang disediakan oleh penganjur menyebabkan sebilangan besar acara terpaksa dibatalkan. Namun, beberapa beberapa acara yang diteruskan tetap mendapat sambutan seperti sesi bicara bersama penulis, ceramah penulis seperti Dr Danial, Zainal ABidin, Mejar Kayyum, Ahmad Fadzli Yusof, Datuk Fadzilah Kamsah dan sebagainya.
Selain itu di gerai PTS juga berlangsung sesi autograf penulis. Sesi yang paling istimewa adalah kehadiran sasterawan negara Datuk A. Samad Said selama 2 hari untuk mempromosi buku-buku karya beliau, terbitan Anak Bukit dan diedarkan oleh PTS.
Gerai PTS diserbu pengunjung sehingga ke saat akhir pameran iaitu pada pukul 9.00mlm 2 April.
PTS akan kembali lagi dengan pelbagai kejutan bagi meriahkan dan mewarnai industri buku tanahair pada tahun hadapan. Bagi pengunjung-pengunjung yg memberi sokongan kepada PBAKL06 khususnya gerai PTS, terima kasih daun keladi, tahun depan datang lagi (ramai-ramai).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: