dimana aku jumpa si dia

“Jikalau anda pernah menonton filem Sleepless in Seattle, mungkin anda akan
percaya bahawa kita perlu berusaha dan kadang kala mesti bersusah-payah
untuk bertemu dengan idaman kalbu. Lihat sahaja bagaimana Meg Ryan yang
comel itu berusaha untuk bertemu dengan Tom Hanks, walaupun kedua-duanya
terpisah dengan jarak yang begitu jauh. Tetapi kerana tarikan yang Meg
rasakan tiada gantinya, dikuatkan juga semangat untuk menjejaki Tom Hanks,
yang beliau rasakan adalah cinta abadinya. Filem itu juga membuktikan yang
perkenalan juga memerlukan bantuan daripada orang sekeliling atau pun
“posmen”. Tanpa bantuan anak lelaki Tom Hanks, mungkin Meg Ryan tidak akan
berpeluang langsung untuk bertemu dengan Tom Hanks.

Kehidupan seharian kita juga tidak banyak bezanya, berikut adalah beberapa
cara untuk bertemu, mendapat atau berkenalan dengan calon idaman kalbu.

1. Minta ibubapa carikan calon pasangan hidup
Bincang dengan ibubapa dan beritahu mereka tentang ciri-ciri wanita atau
suami yang anda ingini. Tetapi pastikan mereka tidak menabur janji sebelum
mendapat persetujuan anda.

2. Minta bantuan rakan-rakan
Beritahu rakan-rakan bahawa anda sedang mencari calon yang sesuai supaya
mereka boleh memperkenalkan kenalan yang mereka rasa sesuai dengan
personaliti anda.

3. Chat di IRC
Ini merupakan kaedah percintaan zaman siber mirip cerita filem romantik
You’ve Got Mail. Ada yang bertuah dan dapat bertemu dengan seseorang yang
sesuai dengan diri mereka. Jangan terkejut bahawa ramai yang telah ke
jinjang pelamin selepas berkenalan di internet.

4. Mencari peluang di tempat kerja
Apa kata jika anda berkenalan dengan rakan sekerja tapi jangan sampai
dikenali sebagai Romeo pula. Kadang-kala rakan semasa makan tengahari pun
boleh bertukar menjadi teman sehidup semati.

5. Sertai Pelbagai Aktiviti
Rajin-rajinlah berjogging di tasik ataupun sertai organisasi yang
menganjurkan aktiviti kesukaan anda. Jika anda gemar berkayak, masuklah
persatuan berkayak tempatan. Kemungkinan besar anda boleh berkenalan dengan
pasangan yang berkongsi minat yang sama.

6. Kenalan Keluarga
Ramai juga yang berkahwin dengan orang yang dahulunya sering berkunjung ke
rumah semasa anda masih hingusan lagi. Abang atau kakak tentu dapat
memperkenalkan anda kepada rakan-rakan mereka. Lihat sahaja Amy Mastura yang
telahpun selamat berkahwin dengan abang kepada rakan baiknya semasa di
sekolah dahulu.

7. LRT
Anda mungkin tidak percaya… tetapi saya sering memerhatikan orang yang
turun naik LRT. Setiap hari anda mungkin akan bertemu dengan orang yang
sama. Tiada salahnya jika anda menegur sapa sekadar berkenalan. Cubalah.
Mungkin anda bernasib baik.

8. Hubungi Rakan Lama
Mungkin semasa bersekolah anda ada meminati seseorang. Tiada salahnya jika
anda kembali aktif di majlis alumni dan mula menghadiri reunion yang
diadakan. Manalah tahu, jika ada diantara ‘seniors’ atau ‘juniors’ yang
meminati anda semasa dahulu akan melakukan perkara yang sama. Sudah tentu
anda dapat berkongsi pengalaman lucu bagaimana bergayanya anda apabila
berambut panjang serta berseluar senteng gaya seorang “rockers” dahulu.
Pasti riuh-rendah!

9. Dengar Lagu Cinta
Mendengar lagu romantik boleh menaikkan semangat bahawa anda akan berpeluang
untuk jatuh cinta . Ingatkah anda kepada lagu nyanyian Savage Garden yang
bertajuk I Knew I Love You Before I Met You. Lagu itu memberi harapan bahawa
memang ada seseorang yang istimewa untuk setiap orang, cuma persoalannya
ialah samada akan bertemu atau tidak.

10. Berdoa Kepada Tuhan
Setelah menunaikan sembahyang, rajin-rajinlah berdoa kepada tuhan supaya
kita dipertemukan jodoh. Insyallah jika itu yang terbaik untuk diri kita,
ianya pasti akan berlaku.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: