modal cinta

Dalam dunia ini tak ada yang percuma.Melafazkan cinta mungkin hanya perlu bermodalkan air liur,tapi untuk membinanya perlu lebih dari itu.Walalupun dikatakan ia cinta sejati,cinta sehidup semati … .. seseorang itu tetap perlukan modal.Mana ade benda yang free beb!!!

1)Bil Telefon
Setiap pasangan harus berhubung antara satu sama lain.Untuk itu telefon atau telefon bimbit amat diperlukan.Jika sebelumnya bil korang setakat dua tiga puluh ringgit.Tapi bila sudah dilamun cinta bilnya naik berganda-ganda.Mungkin korang boleh berjimat,selain guna surat boleh gak guna burung merpati.Tapi nampak kuno lah pulak kan.

2)Kos Makan Minum
Jika dulu korang cuma makan sorang-sorang tapi sekarang dah jadi dua orang lak.Maknanya budget pun bertambah ler kan.Nak jimat?Korang boleh ler bayar asing-asing setiap kali makan bersama atau bawa jer bekal dari rumah setiap kali pergi dating.Emm,nampak klasik lagi romantik kan!

3)Masa
Kalau dulu korang mungkin banyak masa terluang.Boleh lepak sorang-sorang,boleh lepak dengan kawan-kawan.Tapi sekarang terpaksa sediakan masa untuk si dia pulak.Mana nak temankan si dia shopping,tengok wayang,jalan-jalan dan sebagainya.Memang memenatkan! Korang boleh buat trick terlupa untuk selamatkan diri,tapi nanti mungkin korang terpaksa buang masa yang banyak pulak untuk memujuk si dia yang merajuk.

4)Tambang
Bagi yang takder transport sendiri tambang bas atau teksi pasti akan bertambah.Yang ade transport sendiri lak pastinya duit minyak akan melambung naik.Maklumlah susah nak tolak permintaan si dia yang ajak ke sana ke mari.Hanya ade satu cara nak jimatkan kos,jalan kaki ! Tapi kalau buat selalu,lepas ni mungkin korang akan jalan sorang-sorang! Si dia ikut atau cari yang lain.

5)Pakaian
Korang terpaksa keluarkan lebih belanja untuk beli pakaian baru.Si dia tentu tak suka kalau korang pakai selekeh atau ala kadar.Tambah pening bila si dia nak korang berpakaian ikut citarasanya yang tinggi.Tambah-tambah pening bila si dia minta korang belikan pakaian untuknya pulak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: