tanda ego

Dalam mengharungi Hidup ini, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang kita harus tempuhi. Segala dugaan yang mendatang akan mematangkan fikiran dan peribadi kita. Oleh itu kita haruslah bertindak dengan bijak dan tidak terlalu menurut nafsu dalam setiap perkara yang kita lakukan. Setiap orang mempunyai egonya sendiri, tetapi adakah ia sesuatu yang baik? Lihatlah tanda-tanda orang yang EGO dan sama-samalah kita menilainya…

TANDA2 ORG YG EGO

1. Bila diberi jawatan rasa sangat seronok.
– mengapa perlu seronok? sesuatu jawatan itu adalah amanah yang wajib kita tunaikan dengan sebaik mungkin. Ingatlah, Orang yang tidak melaksanakan amanah yang diberi tidak tidak mendapat tempat di sisi Allah.

2. Jika tak dilantik rasa tak senang.
– Menjadi seorang yang berpangkat, bertambahlah tanggungjawabnya.

3. Jika dia seorang ketua – memberi arahan dengan kasar.
– Mengapa perlu kasar? Ini akan menghilangkan rasa hormat orang bawahan terhadap kita. Seorang ketua haruslah tegas dalam segala hal, bukannya kasar.

4. Jika dia seorang pengikut – tak taat.
– Bila kita menjadi seorang pengikut, kitaharuslah taat kepada perintah dan arahan Ketua kita selagi ia tidak melanggar hukum Allah.Ketua tersebut pula haruslah seorang seorang yang adil dalam semua hal.

5. Emosional.
– Terlalu bertindak mengikut perasaan adalah tidak profesional dan terlalu mengikut nafsu. Bertindaklah mengikut akal.

6. Cepat marah.
– Seorang yang kuat, bukanlah gagah di medan perang, tetapi mampu menahan rasa marahnya. Banyak-banyaklah beristighfar jika marah hendak menguasai kita.

7. Bergaul dgn org bawahannya hanya utk menonjolkan diri.
– Seorang ketua haruslah bergaul dengan orang bawahannya untuk mengetahuiperkembangan organisasi dan masalah yang dihadapi. Itulah yang seharusnya seorang ketua lakukan.

8. Sukar menerima pendapat org lain.
– Setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Kita tidak seharusnya menolak mentah-mentah pendapat orang lain, dengan menyangka bahawa pendapat kita lebih baik daripada mereka. Dengarlah pendapat orang, dan pilihlah yang terbaik.

9. Tak suka kalau org lain bagi pandangan.
– Kenapa orang lain tak boleh memberi pandangan mereka? Adakah fikiran kita terlalu sempurna? Sehingga kita menutup fikiran kita terhadap pandangan orang lain.

10. Mencelah cakap org dalam majlis.
– kerana kita merasa bahawa kita terlalu pandai dan orang lain tidak sehebat kita, patutkah kita memotong kata-kata orang ketika orang tersebut bercakap? Di mana kesopanan dan tatatertib kita sebagai seorang manusia yang bertamadun?

11.Sangat suka kalau pandangannya diterima orang.

12. Tak berdoa selepas solat.
– Adakah kita boleh mencapai kehidupan yang baik tanpa meminta daripada Allah? Jika kita sombong terhadap Allah, Allah pun tidak akan memandang kita sebagai hambanya yang beriman dan bertakwa.

14. Suka tinggikan suara.

15. Melengah-lengahkan Solat.
– Kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ini. Segerakanlah menunaikan Solat, selagi kita mempunyai masa untuk menunaikannya.

Apa pandangan pembaca sekalian? Adakah ego itu sesuatu yang baik? Hindarkanlah sifat ego agar kita dapat mencipta hubungan yang baiksesama manusia dan jugakepada Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: