kawasan lama, kawasan baru

“Rumah anak yatim di sekitar Kuala Lumpur kini ada polisinya sendiri untuk menerima anak-anak yatim,” kata abang sambil memandu di sepanjang lebuh raya.

“Polisi apa pula?”

Jawab abang, “Anak-anak yatim yang hendak dimasukan ke rumah-rumah tersebut mesti sudah tahu membaca dan menulis. Jika tidak, mereka tidak akan diterima.”

Sudah pandai baru boleh masuk rumah anak yatim. Itu syaratnya. Mungkin bukan semua tempat, tetapi apa rasionalnya?

Tambah abang lagi, “Kecuali satu di Titiwangsa, rumah anak yatim di sana memang mengambil sesiapa sahaja yang ditolak dari dimasukkan ke rumah-rumah anak yantim yang mengamalkan polisi itu. Apa yang diperlukan rumah anak yatim Titiwangsa, ialah individu yang sudi mengajar.”

Tetapi bilang abang, pengusaha rumah anak yatim itu mengalami kesukaran dengan sukarelawan yang sekejap ada sekejap tidak ada. Kesannya, pendidikan mereka separuh-separuh.

Tambah kakak ipar yang mendengar, “Itulah masalah yang berlaku ketika zaman kakak belajar dahulu, program-program universiti yang digerakan pelajar ada satu masalah yang selalu berlaku dan sangat ketara. Iaitu konsisten dengan tempat yang di’buka’nya.”

Katanya, apabila satu kawasan dijadikan tempat bagi khidmat bakti oleh para pelajar ini, ia seharusnya ada susulan dari pelajar-pelajar lain yang menyertai kelab atau persatuan tersebut pada tahun seterusnya. Masyarakat yang menerima kunjungan mereka khususnya kanak-kanak amat gembira dan berbesar hati dengan kedatangan abang dan kakak dari universiti. Tetapi dalam beberapa keadaan, suka dan harap bertukar kepada benci dan tidak percaya apabila mereka yang dipanggil sebagai adik angkat oleh abang dan kakak dari universiti ini tidak lagi menghubungi mereka. Lebih dari itu, kawasan itu menjadi kawasan khidmat bakti tinggal oleh pelajar-pelajar terdahulu tanpa disambung oleh kumpulan seterusnya yang sibuk membuka kawasan baru.

Namakan apa sahaja, khidmat bakti atau khidmat komuniti, ia bukan sekadar program universiti semata-mata atau tempat mencari sijil pencapaian individu, sebaliknya harus ada rancangan menjadikan ia sebagai agenda berterusan. Kalau bukan di tangan senior, tangan junior harus menyambungnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: