saya dan aku

Dalam blog ini, aku biasanya membahasakan diri sebagai ‘aku’. Apabila berbicara dengan orang lain, aku senang membahasakan diriku sebagai ‘saya’. Selalunya aku membahasakan diri dengan nama apabila bersama ahli keluarga sehinggalah Jumaat lalu.

“Kakak kasihan dengan pelajar-pelajar di sekolah tempat kakak mengajar. Masih ramai tidak dapat membaca dan menulis dengan baik sehingga ke darjah enam,” keluh kakak ipar dalam kenderaan yang bergerak laji ke selatan.

Sambil memeluk tubuh, mata melihat ke luar, “Saya pernah juga mengajar budak-budak seperti itu di kelas tusyen dahulu,”

“Apa dia?” tanya kakak iparku lagi.

“Saya..,” belum sempat menghabiskan kata-kata.

“Saya?” dari kakak ipar, adik sehinggalah abang masing-masing memandangku. Mana panggilan biasa yang selalu aku gunakan dahulu?

Apa sudah terjadi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: