rezeki kecil rezeki si besar

Pagi, bersarapan. Perkara biasa kalau hati mahu, perut ingin. Bergerak ke pejabat pos untuk menghantar pruf yang siap disemak sebelum bergerak ke tempat kerja, menyambung hari-hari praktikal di sana.

“Dah habiskah?” tanya seorang bergelar abang, juruteknik di kampus

“Belum lagi. Masih ada dua bulan lagi. Bulan Ogos, Insya Allah,” balasku

Dua keping roti canai yang dipotong kecil-kecil hanya berkuahkan dal ‘banjir’. Sambil telinga menangkap bual bicara abang juruteknik dan sahabat seorang lagi, mata aku melihat satu peristiwa menarik.

Dua ekor burung seronok menikmati butir-butir nasi di atas pinggan polystyren yang diletakkan atas rumput di tepi kafeteria. Sambil makan, burung-burung itu seperti bergembira dengan apa yang di hadapan matanya. Sedang sedap makan, tiba-tiba datang seekor burung gagak, lebih besar dari dua ekor burung ini datang dan makan butr-butir nasi itu.

Burung-burung kecil terbang meninggalkan pinggan polystyren dan hinggap di pokok, seolah-olah melihat dari jauh.

Si besar sudah makan rezeki si kecil. Rezeki berdua kini jadi rezeki seorang. Aku terfikirkan manusia.

1 Komen »

  1. Aina Emir said

    Manusia pun macam tu jugak. Kalau yg besar ambil semua, tak ada apa-apalah untuk yang kecil, kan? Tengoklah di sekeliling kita. Sepatutnya, bila si besar dapat sesuatu…. pastikan yang kecil-kecil pun dapat tumpang sama. Barulah adil, kan?

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: