Promo Buku

Terima kasih buat sahabat yang memberi idea ini.
Pendekatan secara online dalam penjualan buku juga boleh melalui penghasilan webTV. Video promo buku yang dihasilkan boleh diselang seli dengan sedikit temubual dengan orang ramai dan gambaran orang ramai sedang membaca buku penulis.

Malah, dalam menghasilkan webTV ia boleh dilakukan dengan mewujudkan rancangan talkshow sendiri dengan menonjolkan penulis dan bukunya bersama-sama pengacara.

Misalnya, dalam bidang karisma kita mengenali saudara Naim Jaafar sebagai autoriti untuk membincangkan hal tersebut. Ketengahkan satu topik seperti Karisma dan Ais Batu Campur, pengacara berperanan memainkan peranan bertanyakan soalan-soalan yang telah dibincangkan terlebih dahulu sebelum rakaman dibuat.

Pastikan gambar kulit buku dan alamat untuk pembelian secara online tertera di penghujung rancangan.

WebTV boleh dijadikan pilot atau rakaman contoh untuk mana-mana penerbit dan stesyen televisyen yang berminat untuk menjadikan ia sebagai rancangan televisyen ala program Oprah Winfrey.

Tempoh sepuluh minit rakaman adalah tempoh yang ideal bagi promosi ala talkshow.

WebTV boleh dimuat turun dan ditonton di laman web rasmi, blog, laman web peribadi penulis dan rangkaian sahabat maya seperti Friendster dan Myspace.

Fail rakaman video boleh dimuat turun secara percuma di Vidilife dan Youtube dan kod html yang diberikan boleh digunakan untuk mana-mana ruang yang dirasakan sesuai.

Berikut merupakan contoh mudah promosi buku secara online. Terima kasih kepada saudara Faiz yang merakamkan suasana pesta buku, Ustaz Fauzi Muda, pengetua kolej Ali UIAM yang sudi meminjamkan camcorder, saudara Asraff yang menukarkan format pita video kepada digital dan saudara Ali Fadzil yang memberikan komputernya untuk tujuan suntingan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: