Motivasi Islami penuhi permintaan, bantu bentuk masyarakat dengan ilmu

Motivasi Islami penuhi permintaan, bantu bentuk masyarakat dengan ilmu
Berita dan gambar Zamri Mohamad

Dunia penerbitan buku motivasi Malaysia dirancakan lagi dengan pelancaran tiga buah buku daripada Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood di Restoran Sri Melayu, jalan Conlay baru-baru ini. Pelancaran ketiga-tiga buku beliau merupakan penglibatan beliau membabitkan diri dalam penulisan buku setelah sekian lama berdakwah dan menjadi perunding motivasi.

Pada majlis tersebut, beliau menerima anugerah ‘Outstanding Artist Award 2005’ dari Pengarah Urusan Telaga Biru, Haji Waharp Yusoff kerana pencapaian rekod jualan yang membanggakan.

Menyentuh tentang keperluan lebih banyak buku-buku motivasi berbahasa Melayu di pasaran. Ustazah Siti Nor Bahyah mengatakan, “Untuk mencapai standard sebuah negara yang maju, 25 000 buku pelu diterbitkan dalam setahun. Bagi mencapaikehendak Wawasan 2020, kita harus mempunyai sasaran ini.”

Cakar Harimau – Tip Kebahagian Rumahtangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Merangsang Minda adalah buku-buku yang dilancarkan pada hari itu. Telaga Biru mensasarkan penerbitan 60 tajuk buku pada tahun 2006. Setakat ini, album-album ceramah yang sudah berada di pasaran telah menjangkau 300 tajuk.

“Buku berkonsep santai, berwarna, ilustrasi serta foto dengan penyampaian bersahaja, mudah dan ringan menjadi pendekatan yang dipilih untuk disasarkan kepada pelajar, remaja dan dewasa,” jelas Tuan Haji Muhammad Zakaria, penulis bersama ketika majlis sembang buku.

Menjawab persoalan wartawan, Ustazah Siti Nor Bahyah merasakan kemunculan buku-buku ini adalah sebagai usaha beliau untuk memastikan mesej-mesej yang disampaikan dapat diulang-ulang dan menjadi panduan masyarakat.

“Sebelum ini, dalam ceramah-ceramah yang saya, tidak semua yang hadir membawa kertas dan pen. Buku-buku adalah usaha untuk membantu agar ilmu yang disampaikan boleh diulang-ulang dan diingati,’ jelas beliau lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: