Perempuan, lelaki dan rahsia

Dua hari ini aku habis-habisan nak menyiapkan manuskrip ke tiga dalam mendedahkan rahsia lelaki dalam dunia perhubungan dan kasih sayang. Dengan situasi sekarang yang memerlukan aku berjaga dan menyiapkan kerja-kerja di studio dan bilik editor di Ansar, agak tersangkut juga. Paling akhir, aku sibuk menyunting video dari jam 10 pagi sehingga 6 pagi keesokannya. Ia berakhir dengan kepada aku pening, loya dan berat dek renjatan tugas secara tiba-tiba ini. Bak kata seorang sahabat, “Budak praktikal seperti ‘cheap labour’. Memang kena perah habis-habisan.”

Bukan itu soalnya. Selama beberapa minggu bertugas di Ansar, aku berkesempatan ke Borders, seberang jalan dari pejabat melihat apa buku-buku terbaru untuk mendapat idea penulisan. Di rak buku-buku Melayu, kedua-dua buku ada di sana. Memang bersemangat kalau lihat ia diletak di rak bersama-sama buku-buku hasil penulis mapan. Moga-moga berkat bersama-sama mereka, ia membina hati dan fikiranku untuk menjadi manusia yang berkarya untuk kebaikan dunia-akhirat.

Salah satu fenomena yang menarik perhatianku ialah gelagat pembeli. Kali ini, aku menjadi mata-mata untuk buku sendiri. Sejak di pesta buku lagi aku memerhatikan keadaan ini. Lelaki paling kurang senang apabila kekasihnya membelek-belek Memahami Bahasa Cinta Lelaki dan 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki.

Kejadian pertama di Pesta Buku di PWTC. Jika ditonton semula video gelagat pengunjung di gerai PTS, aku dapat melihat bagaimana seorang lelaki sedang memandang kiri dan kanan , atas dan bawah apabila teman wanitanya sedang membelek-belek buku di gerai. Jika tidak silap aku, ketika itu bab yang dibacanya ialah Tanda-Tanda Pasangan Berbohong. Ia berdasarkan illustrasi yang tertera dan dapat dilihat dari jauh. Memang tidak senang berdiri dibuatnya, apabila si gadis ini menunjukan bab itu kepadanya.

Kejadian kedua, di Borders apabila si lelaki menarik tangan gadis yang sedang membelek buku yang sama. Jarakku hanya tiga hingga empat langkah dari situ.

Dari sini aku dapat rumuskan andaian-andaian mentah ini:

1. Perempuan amat fokus apabila membaca sesuatu yang berkait dengan diri dan perhubungannya berbanding lelaki. Mereka boleh berdiri lama sambil membaca tanpa rasa terganggu dengan keadaan sekeliling.

2. Perempuan akan berkongsi dengan teman lelakinya sebagai cara mengesahkan apa yang dipercayainya, cuba menyampaikan mesej itu kepada teman lelakinya dan seolah-olah ia peringatan yang disampaikan tanpa perlu menyebut namanya.

3. Lelaki kurang gemar jika terlalu banyak tentang dirinya diketahui oleh teman wanitanya. Maka mereka akan bertindak agar perempuan menjarakkan diri dari maklumat itu baik dari sudut fizikal atau mental.

Sekadar pemerhatian peribadi. Selepas ini, rahsia minda lelaki bocor lagi dan lagi. Sememangnya menjadi penulis ‘halimunan’ banyak memudahkan tugasku.

Catatan: Buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki dan 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki boleh didapati secara online melalui pesanan di sales@ptsmillennia.com atau melayari laman web http://shop.pts.com.my/ dalam kategori Perhubungan dan Cinta

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: