Syeik Muhammad Tantawi


Jika kelam kabut, pasti ada benda tertinggal. Tambahan lagi, kalau benda yang tertinggal itu sangat penting. Pagi tadi, jam 10.00 sehingga jam 12.00 tengah hari, Syeikh Al Azhar, Muhammad Tantawi datang ke UIAM untuk memberi ceramah bertajuk Muslim Unity in 21st Century, Challenges and Prospects. Agenda sepenting ini harus dijadikan bahan berita bergambar, setibanya di dewan aku dapati ada satu benda penting tertinggal, kamera digital. Hilang semangat untuk membuat liputan untuk hari itu.

Tetapi berjumpa dengan tokoh ulama ini sudah cukup mengembalikan semangat aku. Dengan alat penterjemah yang disediakan bagi mereka yang tidak begitu fasih dalam bahasa Arab, Syeikh Tantawi menyampaikan ceramahnya.

Pada pandangan aku, Syeikh Al Azhar ini pasti akan mengeluarkan pandangan-pandangan dan pendekatan mutakhir sesuai dengan kemampuannya dalam mengeluarkan pandangan mengikut keperluan masyarakat hari ini. Namun, pandanganku meleset. Berbeza dengan siri ceramah yang pernah aku hadiri di dewan yang sama sebelum ini, Syeikh Tantawi hanya menekankan dua perkara yang sama sepanjang sejam ceramahnya.

Kata beliau, perpaduan Muslim hanya dapat dipulihkan dengan menjadikan diri kembali hidup meyembah Allah dengan sebenar-benarnya dan penguasaan ilmu serta kerjasama ilmu antara Muslim. Itu sahaja. Tidak ada satu ayat pun digunakan untuk menyalahkan mana-mana pihak. Sejam berlalu, isinya tetap sama, berlegar-legar dengan dua pendekatan itu. Aku yakini, tema utamanya ia pembaikan diri.

Gaya penyampaiannya, dengan bahasa yang cukup mudah, suara lembut seperti memujuk orang ramai, tetapi pada masa yang sama tegas dari sudut isi. Beliau menggunakan kembali ayat-ayat Quran dan sirah yang sudah biasa disampaikan oleh ustaz-ustaz di Malaysia sebelum ini. Wajahnya merah keputihan, agak tenang dan gaya duduknya menampakan beliau cukup merendah diri. Malah ketika masuk ke dewan, beliau orang yang awal memberi salam berkali-kali.

Seorang warga Iraq kurang berpuas hati dengan isi ceramahnya itu, ketika tamat program dia bertanyakan pendekatan untuk kemenangan iraq dalam menentang musuh. Tantawi sambil tersenyum memberi jawapan yang sama tanpa mengulas lanjut, warga Iraq yang sudah sebaya umurnya benar-benar tidak berpuas hati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: