International Islamic Fair 2006 [9]

Setiap orang datang ke sebuah karnival atau pameran dengan pendekatan dan tujuan berbeza. Namun terdapat beberapa idea bagaimana memanfaatkan peluang apabila menghadiri sebuah pameran dan karnival. Terima kasih kepada saudara Jef Hazimin Jaafar, Pengurus Pembangunan Program Ansar Channel.

  • Lihat bagaimana sesebuah gerai pameran disusun oleh penyewa. Kenalpasti faktor-faktor yang menjadikan sebuah gerai pameran kelihatan menarik, suram, bertenaga atau suram. Ia bergantung kepada jenis aktiviti yang dianjurkan, ruang laluan, cara meletak produk dan sikap pemilik gerai sama ada mesra pengunjung atau sebaliknya.
  • Meskipun kedudukan gerai pameran agak tersorok dan kebelakang, ia tidak patut dijadikan alasan untuk tidak menjadikan gerai pameran dalam keadaan yang terbaik dan menarik.
  • Banner dan papan info adalah antara perkara yang mencuri tumpuan ramai. Grafik dan susunan bahasa yang menarik akan menjadikan pengunjung untuk datang dan melihat.
  • Ambil peluang untuk mendapatkan kad bisnes dan risalah serta apa sahaja bahan bercetak yang boleh didapati percuma. Jika kita perlu membayarnya, tentukan sama ada ia sukar atau mudah dicari selepas pameran. Misalnya majalah antarabangsa yang mahal dan tidak didapati di mana-mana kedai, ambil peluang untuk membelinya ketika ia ditawarkan pada harga yang murah.
  • Ambil peluang untuk berbual-bual dengan penyewa tapak pameran.
  • Jika kita mempunyai kamera digital. Ambil peluang untuk merakamkannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: