Hadiah Berbalut Kertas Surat Khabar

Setiap petang ibu akan bersuara suruh kemas itu dan ini. Rumah pasti bersepah meskipun sudah dikemas oleh ibu pagi-pagi lagi. Itu belum dikira kalau bergaduh dengan abang. Sambil pijak-pijak perut, barang yang dirasakan sesuai dijadikan senjata akan digunakan, ini termasuklah barang-barang rumah.

Petang menjelang, masing-masing akan menjadi budak baik. Ayah seorang yang serius. Jika pulang, jangan bising-bising. Kopi dan kuih di atas meja jangan diusik. Itu untuk ayah. Kami adik beradik akan ambil di dapur.

Mujurlah RTM ada menyiarkan kartun, maka itulah yang akan mengunci mulut dan kaki kami. 5.40 petang, ayah pulang. Kali ini dengan barang berbentuk segi empat yang hanya dibungkus dengan kertas suratkhabar. Ayah menghulurkan kepadaku. Dengan tangan yang berbekas hitam karbon akhbar di tangan, aku membukanya;

Sepuluh Siri Buku Sang Kancil berwarna. Buku cerita pertama pemberian ayah untuk seorang anak kecil berumur tujuh tahun.

Al Fatihah buat ayah yang meninggalkan semangat dan kenangan. Pemergian sehari sebelum Hari Bapa 18 Jun ini akan selalu yang diingati

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: