writers.net

Aku teringat saudara Ashadi Zain. Turun naik karier beliau sebagai penulis pernah dicatat dalam salah satu entri Universiti Terbuka PTS. Kemudian aku tergerak untuk mencari maklumat tambahan mengenai diri beliau melalui carian Google dan mendapati beliau turut melibatkan diri dalam sebuah laman web yang mempromosi penulis dan hasil karyanya. Tetapi untuk menyertai laman web ini, ia dilakukan sendiri oleh kita.

Sebagaimana disebutkan dalam buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet oleh saudara Wan Mohd Syazwan Wan Syukri dan Sabri Hassan Assa’ari, enjin carian akan meletakan senarai laman web paling atas sekali apabila ia dibanyak kali dikunjungi oleh pelayar internet.

Writers.net adalah salah satunya. Mari kita sama-sama pelajari pendekatan saudara Ashadi Zain dalam mempromosikan buku-bukunya. Ini adalah salah satu contoh bagaimana penulis sendiri mendaftarkan nama dan buku-buku yang dihasilkan http://www.writers.net/writers/48369.


Setakat ini terdapat 141 penulis Malaysia dari pelbagai bangsa yang mendaftar. MAri kita sama-sama mencuba. Kemungkinan buku-buku kita akan menarik perhatian pasaran luar untuk menterjemahnya dalam bahasa masing-masing. Siapa tahu, rezeki Tuhan di mana sahaja.

Sedikit maklumat tentang writers.net

WritersNet is the Internet directory of writers, editors, publishers and literary agents. We bring together the elements of literary success in one place. Search our directory for the help you need or tell us, and our visitors, what you have to offer the writing world. Add yourself to our ever-growing directories of talent and services.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: