Rakyat Malaysia antara penagih tegar beli-belah

Rakyat Malaysia antara penagih tegar beli-belah
KUALA LUMPUR 14 Jun 2006 Utusan – Dua kajiselidik antarabangsa mengenai sikap pengguna terhadap kegiatan membeli-belah mendapati penagih beli-belah (shopaholic) yang paling tegar di dunia berada di Asia termasuk Malaysia.

Dalam kajiselidik kendalian ACNielsen meliputi 42 buah negara itu, negara-negara Asia mewakili tujuh daripada 10 negara yang rakyatnya paling ramai membeli-belah seminggu sekali semata-mata untuk memuaskan hati mereka.

Para pengguna dari Hong Kong, Thailand, Singapura dan Malaysia menduduki antara anak tangga teratas di dunia kerana menganggap kegiatan membeli-belah dua kali seminggu sebagai hiburan.

Pengguna Malaysia juga menyamai purata global 18 peratus bagi mereka yang menganggap kegiatan membeli-belah sebagai satu kaedah rawatan. Sebanyak 14 peratus pengguna di negara ini pula menyifatkan membeli-belah sebagai kegiatan yang digemari.

Kajiselidik itu mendapati di Asia, Thailand (79 peratus), Malaysia (78 peratus) dan Filipina (75 peratus) mendahului negara-negara yang menganggap kegiatan membeli-belah barangan runcit sebagai satu tugas perlu.

Pengarah Urusan ACNielsen Malaysia, Steve Watt berkata, membeli-belah telah menjadi satu kegiatan waktu lapang di banyak negara Asia.

“Ia sudah tertanam dalam gaya hidup di Thailand, Hong Kong, Singapura dan Malaysia hingga kerajaan di negara-negara ini secara bijaksana menjadikan ciri ini sebagai satu tarikan pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Meninjau ke hadapan, kuasa besar baru Asia seperti India dan Vietnam yang menyaksikan ledakan penduduk dewasa muda dengan tahap pendapatan boleh dibelanjakan yang belum pernah dinikmati sebelumnya, kini sudah bersedia untuk menjadi syurga beli-belah pada masa depan, kata Watt.

Katanya, di kedua-dua negara ini, serta banyak lagi negara yang lebih maju di Asia seperti Hong Kong, Singapura, Thailand dan Malaysia, pusat beli-belah merupakan destinasi hiburan yang mencakupi pawagam, restoran, medan makan serta kemudahan sukan dan hiburan tambahan yang sesuai dengan kemampuan semua.

“Terdapat pusat-pusat beli-belah dengan kemudahan moden disediakan bagi semua tahap pendapatan dan pelbagai lapisan kumpulan sosial masyarakat,” katanya.

Kata Watt, di bandar-bandar sesak di Asia yang mana penginapan didirikan dalam keadaan berhimpit-himpit dan penghuninya seringkali tinggal bersama keluarga besar termasuk ibu bapa dan saudara mara, pusat-pusat beli-belah telah menjadi rumah di luar rumah.

“Mereka ke sana untuk melarikan diri daripada kerisauan dan tekanan kerja serta kehidupan di rumah, menemui rakan-rakan mereka serta melepak.

“Kesan positif daripada gaya hidup ini bagi peniaga ialah, dengan wang yang tidak dibelanjakan pengguna ini di rumah, pastinya lebih banyak yang dibelanjakan di pusat beli-belah,” katanya.

Kajiselidik itu juga mendapati, satu pertiga daripada pengguna China, satu perlima pengguna India dan satu pertujuh pengguna Malaysia menganggap membeli-belah pakaian sebagai kegiatan kegemaran mereka.

Sebaliknya, sembilan peratus responden Malaysia berkata mereka tidak gemar membeli pakaian dan ini meletakkan Malaysia pada kedudukan keempat selepas Amerika Utara (14 peratus), Australia (12 peratus) dan New Zealand (11 peratus) dalam kedudukan seluruh dunia dari aspek itu.

– Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: