Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Freelance

Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Freelance
Zamri Mohamad, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM 22.50 / RM 25.50 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-3585-31-0
Barcode: 9789833585311
Jumlah Halaman: 308 halaman
Tarikh Terbit: 26 June 2006
Skor : [ dari 5 ]

Sinopsis


Ketahui bagaimana cara hendak menambahkan pendapatan dengan menulis artikel di majalah-majalah. Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata. Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu seorang penulis bebas dalam pengkaryaan. Inilah antara perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan.

Buku ini disediakan khusus bagi mereka yang mahu men-jadikan penulisan majalah sebagai kerjaya sampingan dari rumah. Ia menguntungkan mereka sebagai seorang penulis bebas tanpa perlu menjejaskan pekerjaan yang sedia ada.

Buku ini juga disusun khusus bagi para remaja yang berminat mencipta nama dan membina saluran kewangan yang membantu bagi tujuan peribadi mereka. Ia menggabungkan pelbagai jenis strategi berjaya yang digunakan oleh penulis-penulis bebas yang berjaya mengumpul ribuan pembaca menjadi kelompok pembaca setianya meskipun pada usia yang muda.

Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata. Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu seorang penulis bebas dalam pengkaryaan. Inilah antara perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan.

Pendekatan-pendekatan yang kurang berjaya turut di-ketengahkan bagi membantu para penulis bebas supaya tidak melakukannya buat kali kedua. Ia juga sebagai mengambil langkah sesuai bagi menjimatkan masa dan usaha yang di-tumpukan dalam penulisan rencana bagi keperluan majalah.

Menariknya, buku ini tidak memerlukan setiap pembacanya mengikuti satu demi satu bab dari awal hingga akhir. Tetapi buku yang disusun dengan bahasa yang mudah dan contoh yang boleh difahami ini memberi kebebasan kepada para pembaca memilih mana-mana bab yang dikehendaki dan terus bertindak mengikut keupayaan diri tanpa perlu bimbang daripada ketinggalan.

Isi Kandungan

Prakata
Pendahuluan

Bahagian 1 Dunia Penulis Bebas
Mengapa Menjadi Penulis Bebas
Kuasa Kreatif Tidak Mengira Umur
Penulis Bebas Bermula seperti Seorang Bayi Kecil
Kualiti Seorang Penulis
Stail Seorang Penulis
Personaliti Penulis Bebas Melalui Warna
Belajar Menerima Perubahan
Menjadi Penulis Bebas kepada Seorang Pakar
Kisah Lee Beadling
Hendak Menggunakan Parang, Asahlah Terlebih Dahulu
Memahirkan Kaedah Penulisan Anda
Langkah-langkah Awal Mengatasi Masalah
Blok Penghalang Seorang Penulis Bebas
Mengurus Matlamat dengan Bijaksana

Bahagian 2 Veni Vedi Vici Dunia Majalah
Perbezaan Artikel di Akhbar dan Majalah
Tiga Dongengan bagi Seorang Penulis Bebas
Mengkaji Sesebuah Majalah
Menulis di Pasaran Kecil bagi Pendapatan yang Besar

Bahagian 3 Menjana Idea dan Pengurusan Maklumat
Tiga Belas Kaedah Bagaimana Mendapatkan Idea
Menggerakkan Kelima-lima Deria
Berkenalan dengan Orang Asing
Mendapatkan Bahan Melalui Program-program

Bahagian 4 Kenali Pembaca Budiman
Penulis Bebas adalah Seorang Pembaca
Mengenali Pembaca Anda
Membina Pembaca dalam Imaginasi
Menangani Respons Pembaca yang Negatif

Bahagian 5 Temu Bual Individu Berautoriti
Jenis Temu Bual Pilihan Diri
Meminta Ditemu bual
Strategi Semasa Sesi Temu Bual
Salah Bertanya Salahlah Jawabnya
Jangan Sekali-kali Jangan Begini

Bahagian 6 Mulakan Penulisan Anda
Bersedia untuk Berkarya
Menyediakan Rangka Kasar Penulisan Anda
Intonasi dan Stail Penulis Bebas
Jenis-jenis Artikel
Tajuk yang Mencetus Perasaan Ingin Tahu
Pembukaan yang Hebat
Tiga Belas Jenis Pembukaan yang Mantap
Memberi Contoh yang Sesuai bagi Sebuah Artikel
Penutup yang Memberi Kesan

Bahagian 7 Menyemak dan Menyunting
Keperluan 6M bagi Menyemak Semula
Menyunting Artikel
Kaedah Menyunting Hasil Artikel yang Sudah Siap

Bahagian 8 Menghantar Artikel
Artikel Penuh ataupun Surat Iringan Terlebih Dahulu
Bagaimana Sekiranya Anda Tidak Mempunyai
Sebarang Pengalaman
Jangan Tersilap Langkah Sebelum Bermula
Memilih Masa yang Sesuai Menghantar Artikel
Siapakah yang Membuat Keputusan pada
Hasil Rencana Anda?
Teruskan Menghantar Manuskrip Rencana Anda

Bahagian 9 Mengikat Tali yang Putus
Mengatasi Penolakan
Sejarah Berkata, Anda Bertahan dan Anda Berjaya
Belajar Prinsip Sepuluh Peratus Sang Peniaga
Kenal Pasti Mengapa Mereka Menolaknya

Bahagian 10 Siapalah Penulis Tanpa Editor
Kehidupan Editor
Hubungi Editor dan Katakan Anda Penulis Bebas
Apa Kata Editor

Bahagian 11 Penulis Bebas Menguasai Dunia Maya
Mencari Maklumat dengan Internet
Mencari Idea Melalui Penggunaan Komputer
Penggunaan Laman Web dalam Membina
Jaringan Reputasi Anda
Teknologi Membantu Anda

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: